12,000 jemaah tunai solat Subuh di Masjid Sultan Iskandar

Astro Awani
Januari 20, 2024 03:30 MYT
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyertai 12,000 jemaah menunaikan solat Subuh di di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, pada Sabtu. - Gambar X
KUALA LUMPUR: Dianggarkan lebih 12,000 jemaah hadir menunaikan solat Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, pada Sabtu.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan kesyukuran susulan kejayaan Program #SemarakSubuhJohor dan #SolatSubuhMacamJumaat itu.
"Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata. Semenjak Masjid Sultan Iskandar didirikan, hari ini merupakan hari pertama solat Subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai yang hadir.
"Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur, penyumbang-penyumbang, Jalil Razak, Acad Raja Lawak, Shahrol Shiro dan rakan-rakan pempengaruh lain serta pihak pengurusan masjid yang menjayakan program hari ini.
"Semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT," katanya dalam laman sosial X, pada Sabtu.

Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata. Semenjak Masjid Sultan Iskandar didirikan, hari ini merupakan hari pertama solat Subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai yang hadir. Syukur pic.twitter.com/MxYtb9JdLB

— Onn Hafiz Ghazi (@onnhafiz) January 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gerakan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ dimulakan artis popular tanah air Alif Satar yang mendapat sambutan masyarakat.
Pada 13 Januari lalu, media tempatan melaporkan, kerajaan menyokong dan mengalu-alukan sebarang usaha bagi mengimarahkan masjid termasuklah gerakan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang tular di negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Zulkifli Hasan berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif sedemikian yang diyakini dapat mengubah persepsi masjid dalam kalangan masyarakat.
#Geng Subuh Macam Jumaat #solat subuh #gerakan Alif Satar #Masjid Sultan Iskandar