Seramai 13 daripada 15 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah hari ini berhubung isu kedudukan menteri besar.
ADUN Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi dari Parti Amanah Negara (Amanah) berkata ketua pembangkang dan ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah (PAS) dan ADUN Bukit Selambau Dr R. Krishnamoorthy (PKR) tidak hadir kerana dipercayai berada di luar negara.
ADUN pembangkang itu terdiri lapan PAS, empat PKR, dua DAP dan satu Amanah.
BACA: Krisis MB Kedah: 17 ADUN BN adakan pertemuan tergempar
Phahrolrazi berkata semua ADUN dipanggil seorang demi seorang dan ditanya pendirian masing-masing dalam hal membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai menteri besar.
"Pendirian saya rahsia...itu masing-masing, tak boleh didedahkan. Sebab kita maklumkan secara rahsia kepada Jemaah Pemangku. Perjumpaan sekejap sahaja tak sampai lima minit," kata Phahrolrazi kepada pemberita selepas majlis menghadap itu di Wisma Darul Aman di sini.
BACA: Mukhriz sahkan tidak sertai pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah
ADUN Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa (PAS) pula berkata kesemua ADUN pembangkang telah mempunyai keputusan bersama sebelum ini, tetapi pada majlis hari ini seorang demi seorang mengadap.
"Masing-masing boleh nyatakan pendirian," katanya.
Terdahulu kenderaan yang membawa anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Tan Sri Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah tiba di Wisma Darul Aman pada pada 2.55 petang.
Pengerusi jemaah itu Tan Sri Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah tiba pada pukul 3 petang.
Para pemimpin UMNO Kedah diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan UMNO negeri.
Semalam 20 daripada 21 ADUN Barisan Nasional menghadap Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman.
BACA: Krisis politik Kedah: 20 ADUN menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah
Mukhriz dilaporkan tidak terlibat dalam majlis tersebut.
Bernama
Tue Feb 02 2016
Phahrolrazi berkata semua ADUN dipanggil seorang demi seorang dan ditanya pendirian masing-masing dalam hal membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (gambar) sebagai menteri besar. -Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Elak politik remeh ketika pandemik, ADUN cadang peruntukan sama rata
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Pulau Pinang berharap kerajaan negeri mengelakkan politik remeh dalam mendepani pandemik COVID-19.
13 daripada 15 ADUN pembangkang menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah
Phahrolrazi berkata semua ADUN dipanggil seorang demi seorang dan ditanya pendirian masing-masing dalam hal membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai menteri besar.