15 lokaliti dikenakan PKPD bermula 30 Jun ini - Ismail Sabri

Fareez Azman
Jun 28, 2021 11:29 MYT
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 15 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 30 Jun sehingga 13 Julai depan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 30 Jun sehingga 13 Julai depan.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu sebanyak lapan lokaliti dikenal pasti di negeri Sabah, empat di Selangor, dua di Sarawak dan satu di Pahang.
Tambahnya pelaksanaan PKPD itu dibuat selepas mengambil kira kadar kes baharu dan kebolehjangkitan di semua lokaliti berkenaan.
Berikut lokaliti yang dikenakan PKPD:
PKPD CLQ Gamuda Gardens, Kundang Jaya, Rawang, Selangor
PKPD Taman Murni, Sepang, Selangor
PKPD Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor
PKPD CLQ Johan Setia, Kampung Johan Setia, Klang, Selangor
PKPD Kampung Tematu, Jalan Batu Kitang, Kuching, Sarawak
PKPD Kampung Linukaan, Kota Marudu, Sabah
PKPD Kuarters Pekerja Ladang Mukah 1, Sarawak Plantation Agriculture Development Sdn Bhd (SPAD), Mukah, Sarawak
PKPD Flat Taman Benus Jaya, Bentong, Pahang
PKPD tiga lokaliti di Kudat, Sabah
PKPD Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung, Tawau, Sabah
PKPD Kuarters Kilang Bata Kampung Durok, Kampung Limbawan Sayur Keningau, Sabah
PKPD Kampung Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
Dalam pada itu jelas Menteri Kanan Pertahanan, sebanyak dua lokaliti dilanjutkan PKPD bagi tempoh yang sama.
Ia melibatkan dua lokaliti di Bukit Dinding, Mukah, Sarawak dan Asrama Pekerja Warga Asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, Johor.
Manakala tiga PKPD yang dilaksanakan sebelum ini diisytiharkan tamat pada malam ini. Ia melibatkan PKPD Grace Villa Condo, Sembulan, Kota Kinabalu dan PKPD Kampung Pengaraban serta Kampung Perpaduan di Kudat, Sabah.
#PKPD #Menteri Kanan Pertahanan #ismail sabri yaakob #kerajaan #SOP #pelaksanaan #penularan #COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #Pahang #Sabah #Sarawak #Selangor