166,363 terima suntikan vaksin, Sarawak rekod jumlah paling tinggi - Dr Noor Hisham

Fauzi Suhaimi
Mac 9, 2021 02:31 MYT
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi iaitu seramai 25,271 individu. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 166,363 individu dalam kumpulan fasa pertama menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat 8 Mac 2021.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi iaitu seramai 25,271 individu.
Katanya, Pahang mencatatkan jumlah kedua tertinggi iaitu sebanyak 15,521 individu divaksin, diikuti Selangor (15,357); Johor (13,746); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (13,681); Sabah (13,474); Kelantan (13,149); dan Perak 12,952 individu.
“Negeri yang mencatatkan jumlah bawah 10,000 pula termasuk Kedah iaitu 9,358 individu, diikuti Terengganu (9,081); Pulau Pinang (6,487) dan Negeri Sembilan 5,981 individu.

Perkembangan terkini setakat 8hb March 2021 laporan harian pemberian dos pertama vaksin Covid-19 mengikut negeri. Lindung diri, lindung semua pic.twitter.com/iWrZEeMBej

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Lain-lain negeri masih mencatatkan jumlah di bawah 5,000 orang iaitu Melaka sebanyak 4,411; Perlis (3,062); Wilayah Persekutuan Putrajaya (92,573); dan Wilayah Persekutuan Labuan 2,259 individu,” katanya dalam ciapan di akaun Twitternya di sini, pada Selasa.
Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, setakat jam 8 pagi pada Selasa, seramai 4.2 juta rakyat telah berdaftar sebagai penerima vaksin berbanding 3.8 juta orang, semalam.

Pecahan jumlah pendaftaran terkini mengikut negeri pada pukul 8pagi ini. Daftar untuk vaksinasi, muat turun MySejahtera: https://t.co/YOXtrvXTrb #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/OwbsNYOtrR

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) March 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
PICK 2021 mula dilancarkan pada 24 Februari lalu dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Dr Noor Hisham menjadi individu pertama menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #COVID-19 #vaksin #vaksin COVID-19 #Daftar Vaksin #barisan hadapan #PICK