KUALA LUMPUR: Seramai 17 lagi Ahli Parlimen pembangkang selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka sebelum berarak ke bangunan Parlimen pada 2 Ogos lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim yang mengesahkan perkara itu, berkata pihaknya akan memanggil beberapa lagi Ahli Parlimen untuk memberi keterangan dalam tempoh terdekat ini.
"Ya, 17 Ahli Parlimen telah selesai dipanggil beri keterangan pada hari ini," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, tinjauan Bernama di IPD Dang Wangi mendapati mereka yang hadir pada sebelah pagi adalah Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai; William Leong Jee Keen (Selayang); Fong Kui Lun (Bukit Bintang); Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa); Charles Santiago (Klang); Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat); Datuk Seri Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor); Fuziah Salleh (Kuantan); dan P Prabakaran (Batu).
Yang hadir selepas tengah hari pula adalah Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang); Chan Ming Kai (Alor Star); Wong Chen (Subang); Sim Tze Tzin (Bayan Baru); Anthony Loke Siew Fook (Seremban); dan Nor Azrina Surip (Merbuk).
Di PUTRAJAYA, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air yang juga Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad serta presiden parti itu yang juga Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilapor turut diambil keterangan di Yayasan Kepimpinan Perdana antara jam 2.45 petang hingga 3.30 petang.
Kedua-dua mereka dirakam kenyataan oleh empat pegawai polis Unit Jenayah Terkelas Bukit Aman untuk membantu siasatan yang dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan danPengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sabtu lepas, 20 Ahli Parlimen diambil keterangan berhubung perkara itu.
Pada 2 Ogos, sekumpulan Ahli Parlimen cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen mendesak supaya Mesyuarat Khas Dewan Rakyat diteruskan. Sidang khas lima hari yang mengikut jadual berakhir pada 2 Ogos itu ditangguh atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19.
Kesemua Ahli Parlimen itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarah polis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 09 2021
Azmi berkata pihaknya akan memanggil beberapa lagi Ahli Parlimen untuk memberi keterangan dalam tempoh terdekat ini. - fotoBERNAMA
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.