SABAK BERNAM: Sebanyak 18 kawasan di daerah ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan berlakunya paip pecah berhampiran sebuah restoran di Jalan Sungai Panjang Kampung Belia 2, Sungai Besar pada Khamis.
Menurut aplikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), bekalan air terpaksa ditutup pada jam 10.17 malam tadi untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan.
Kenyataan itu memaklumkan, kerja pembaikan dijangka siap pada jam 10 pagi ini.
Aplikasi Air Selangor memaklumkan gangguan bekalan air di 18 kawasan di Sabak Bernam pada Khamis.
"Kawasan terjejas ialah seluruh Sabak Bernam, Sungai Besar, Sungai Haji Dorani, Simpang Lima, Sungai Nibong, Pasir Panjang, Panchang Bedena dan Tebuk Pulai.
"Turut terjejas, Bagan Terap, Sepintas, Sekendi, Sungai Pulai, Banting dan Tebuk Jawa, Bagan Nakhoda Omar (BNO), Sungai Air Tawar, Parit Baru dan Sungai Lang," menurut kenyataan itu.
Menurut aplikasi itu, kerja pembaikan sedang berlangsung dan segala usaha diambil bagi mempercepatkan serta meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas.
"Status terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Untuk bantuan kecemasan, sila hubungi kami di talian 15300," ujar kenyataan itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 26 2022
Aplikasi Air Selangor memaklumkan gangguan bekalan air di 18 kawasan di Sabak Bernam pada Khamis.- Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Penduduk daerah Manjung dan Perak Tengah terputus bekalan air sejak semalam
Kawasan yang terjejas di daerah Manjung ialah Ayer Tawar, Sitiawan, Seri Manjung, Lekir ke Kayan, Pangkor dan Lumut.
LRA Langat 2 henti tugas, 397 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air
Pencemaran itu berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang akibat daripada kes kemalangan.
18 kawasan di Sabak Bernam alami gangguan bekalan air
Bekalan air terpaksa ditutup jam 10.17 malam pada Khamis untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan.
Bekalan air Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya, Kuala Langat pulih sepenuhnya
Pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor.
Paip pecah: 13 kawasan sekitar KL alami gangguan bekalan air
Air Selangor juga akan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Langat pulih 57%
Air Selangor dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bekalan air telah mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 2 pagi ini.
1,279 kawasan di Lembah Klang alami gangguan air bermula 6 petang ini
Lapan kawasan di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula 6 petang, Selasa selepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor.