KUCHING: Sejumlah 18 kontrak projek pembangunan bernilai RM563 juta di Sarawak telah dan akan ditamatkan dalam masa terdekat.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam kenyataannya berkata projek terlibat adalah antara 95 projek bernilai RM10.357 bilion yang disenaraikan sebagai projek lewat kritikal sehingga Jun tahun ini.
Perkara itu didedahkan ketika taklimat mengenai perkembangan projek sakit di Bilik Gerakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di sini pada Selasa.
Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak turut dimaklumkan mengenai kemajuan dan status prestasi 236 projek pembangunan bernilai RM28.67 bilion yang kini dalam pelaksanaan termasuk 30 projek lain akan diselamatkan.
“Ia melibatkan projek pembinaan jambatan, bangunan pejabat, jalan raya termasuk kerja naik taraf, klinik kesihatan, kuarters guru, kompleks sukan dan pembaikan sekolah daif.
“Selain itu, taklimat turut mendedahkan 47 daripada projek lewat kritikal bernilai RM2.394 bilion dijangka siap menjelang tahun ini terutamanya pembaikan sekolah daif, kerja-kerja pembinaan jalan raya dan naik taraf serta pembinaan bangunan kerajaan yang dijangka siap menjelang September tahun ini, “ katanya.
Terdahulu, Uggah berkata JKR dan kementeriannya akan mengadakan seminar untuk menghasilkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi merangka strategi dan cadangan untuk mengurangkan atau menamatkan projek sakit dalam masa terdekat.
Shafik Ahmad
Tue Aug 23 2022
Jelas Uggah JKR dan Kementerian Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak akan mengadakan seminar untuk menghasilkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi merangka strategi dan cadangan mengurangkan atau menamatkan projek sakit. - Astro AWANI
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Projek jalan Nanga Menuan ke Nanga Setepus siap 100 peratus
Nanta turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Rh Igau Bukong Baruh Sungai Menuan.
Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.
564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.
693 daripada 1,069 sekolah daif telah dibaik pulih - Fadhlina
Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan terus komited untuk menyelesaikan isu sekolah usang di negara ini.
292 projek pembangunan, empat berimpak tinggi, beri manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan
Sebanyak 79 daripadanya telah disiapkan sepenuhnya termasuk empat projek fizikal berimpak tinggi sekali gus memanfaatkan masyarakat.
Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2024 - RAM Ratings
Momentum ekonomi Malaysia dijangka bertambah baik sehingga tahun depan, dengan KDNK dijangka berkembang sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2024 daripada anggaran 4.0 peratus pada tahun ini.
Ranhill rancang pembangunan projek kemudahan air di Indonesia dengan China Energy Engineering
Ranhill berkata ia telah menandatangani memorandum persefahaman dengan CEIG untuk bersama-sama meneruskan projek bekalan air Ir H Djuanda.
Percepat projek infrastruktur negeri, proses pindah milik tanah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan adalah penting untuk projek-projek pembangunan dan infrastruktur di negeri-negeri dipercepatkan.
Hotel Labuan yang bersejarah bakal dirobohkan
Sudah dapat lampu hijau untuk perobohan hotel 10 tingkat berkenaan sama ada tahun ini atau awal tahun depan.
ICU JPM kesan tujuh projek sakit di Kelantan bawah RMK12
Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan ICU, JPM mengesan tujuh projek pembangunan di bawah RMK12 dikategorikan sebagai 'projek sakit' di negeri ini.