18 lagi kluster baharu COVID-19 dikenal pasti

Astro Awani
Julai 20, 2021 12:02 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 18 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 18 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ia melibatkan 13 kluster tempat kerja, masing-masing dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan komuniti, serta satu kluster pusat tahanan.
BACA: COVID-19: Kes baharu kembali ke angka 12,000
Berikut perincian 18 kluster baharu berkenaan:
1. Jalan Sri Pelangi
* Kluster tempat kerja di Johor Bahru (Johor)
* 35 individu disaring, 17 dikesan positif
2. Industri Teknologi Cheng 30
* Kluster tempat kerja di Alor Gajah, Melaka Tengah dan Tampin (Melaka dan Negeri Sembilan)
* 496 disaring, 68 positif
3. Jalan Stadium
* Kluster tempat kerja di Kota Bharu (Kota Bharu)
* 22 disaring, 8 positif
4. Jalan Waterfront
* Kluster tempat kerja di Jalan Waterfront (Negeri Sembilan)
* 116 disaring, 42 positif
5. Jalan Bukit Chagar
* Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi di Johor Bahru (Johor)
* 113 disaring, 61 positif
6. Simpang Jeram
* Kluster tempat kerja diSimpang Jeram (Johor)
* 29 disaring, 20 positif
7. Jalan Istimewa Dua
* Kluster tempat kerja di Johor Bahru dan Kota Tinggi (Johor)
* 51 disaring, 14 positif
8.Kampung Sungai Seputeh
* Kluster komuniti di Larut, Matang dan Selama (Perak)
* 13 disaring, 10 positif
9. Pasar Besar Dungun
* Kluster tempat kerja di Dungun (Terengganu)
* 159 disaring, 51 positif
10.DTI Bidor
* Kluster pusat tahanan di Batang Padang, Hilir Perak, Kerian dan Manjung (Perak)
* 352 disaring, 48 positif
11. Tapak Bina Jalan Kia Peng
* Kluster tempat kerja di Lembah Pantai (Kuala Lumpur)
* 297 disaring, 51 positif
12. Jalan Berhala Merah
* Kluster tempat kerja di Lembah Pantai (Kuala Lumpur)
* 20 disaring, 12 positif
13. Paya Luas
* Kluster komuniti di Temerloh, Bera, Jerantut, Maran dan Bentong (Pahang)
* 2,037 disaring, 101 positif
14. Kampung Pukak
* Kluster komuniti di Tuaran (Sabah)
* 56 disaring, 17 positif
15. Industri Kenanga Satu
* Kluster tempat kerja di Hulu Selangor dan Hulu Langat (Selangor)
* 78 disaring, 20 positif
16. Alam Jaya Lima
* Kluster tempat kerja di Kuala Selangor (Selangor)
* 107 disaring, 54 positif
17. Industri Persiaran Subang
* Kluster tempat kerja di Petaling, Klang dan Hulu Langat (Selangor)
* 143 disaring, 107 positif
18.Industri Jalan Haji Sirat
* Kluster kumpulan berisiko tinggi di Klang, Kuala Selangor dan Petaling (Selangor)
* 945 disaring, 140 positif
#KKM #Kementerian Kesihatan #Malaysia #COVID-19 #Kluster baharu #tempat kerja #komuniti