Antara kawasan terbabit ialah Bukit Baru, Paya Rumput, Ayer Molek, Masjid Tanah dan Bandar Melaka.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Ahmad Hadi Abdul Rahman berkata banjir berpunca hujan lebat berterusan.
“Keseluruhan seluruh balai membuat pemantauan melibatkan 30 jentera dan lebih kurang 200 anggota untuk membantu menyelamat bermula jam 2 pagi sehingga sekarang. Setakat ini, usaha untuk membawa mangsa terperangkap di Taman Rambai Emas mendapati lebih kurang 40 keluarga terperangkap,” kata beliau.
Sementara itu, tinjauan di sekitar Bukit Rambai mendapati laluan untuk ke bandar Melaka di Kampung Gadong Lalang, Air Salak dan Taman Perumahan Rambai Emas antara yang terjejas.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Ahmad Hadi Abdul Rahman berkata banjir berpunca hujan lebat berterusan - Foto Astro AWANI
Hujan lebat yang tidak berhenti sejak malam tadi menyebabkan air naik sekurang-kurangnya satu setengah meter di kawasan ini.
“Pukul 3 pagi, air masuk rumah sampai sekarang ini. Habis karpet-karpet semua perlu diangkat dah anak-beranak tidak tidur malam tadi,” kata seorang penduduk Seman Baba.
Sebuah masjid di Balai Panjang turut terjejas.
Keadaan banjir ketika hujan lebat yang bermula sejak malam Khamis - Foto Astro AWANI
“Apa yang berlaku adalah siling jatuh. Komputer pun rosak . Ia membahayakan kepada imam dan pegawai-pegawai syarak yang duduk dalam bilik ini. Memandangkan masjid ini belum ada kelulusan secara rasmi dan tidak ada surat jadi tidak boleh salahkan siapa-siapa,” kata Pengerusi Jawatankuasa. Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Balai Panjang Md Taha Sharip
Dalam pada itu, kerajaan negeri mengambil tindakan segera memberi bantuan kepada mangsa terbabit.