19,244 penjawat awam Selangor dapat bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

Isabelle Leong
Mei 17, 2019 02:57 MYT
AMIRUDIN: Kerajaan negeri turut membuat keputusan memuktmadkan jumlah bantuan khas kewangan sebanyak tiga bulan gaji untuk tahun ini. - Astro AWANI
PENJAWAT awam Selangor akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak satu bulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidifitri.
Pemberian bantu khas tersebut diumumkan Menteri Besar negeri tersebut, Amirudin Shari pada majlis Rapat Ramadan Bersama Kakitangan Awam Selangor 2019 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada Jumaat.
Menurut laporan portal Selangorkini, bantuan di bawah Insentif Mahabbah Ramadan akan dibayar kepada kesemua 19,244 penjawat awam pada 7 Jun depan.
“Kerajaan Selangor memperuntukkan RM33.84 juta untuk insentif ini. Kami juga menyediakan bantuan khas berjumlah RM1,000 kepada 739 orang kakitangan persekutuan yang berkhidmat di negeri ini.

Sebagai tanda terima kasih atas usaha seluruh anggota pentadbiran negeri, saya dengan sukacitanya mengumumkan Insentif Mahabbah Selangor sebanyak satu bulan gaji kepada setiap 19,244 penjawat awam Negeri Selangor Darul Ehsan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini pic.twitter.com/MZTfCS0iWZ

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) May 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kerajaan negeri turut membuat keputusan memuktamadkan jumlah bantuan khas kewangan sebanyak tiga bulan gaji untuk tahun ini.
"Ini bermakna bantuan khas kewangan pada akhir tahun ini adalah penambahan dua bulan gaji berasaskan mata pencapaian prestasi yang diperolehi ketua jabatan,” kata Amirudin.
#Aidilfitri #Amirudin Shari #bantuan khas #bantuan khas kewangan #bonus #bonus raya #duit raya #gaji #Menteri Besar #pejawat awam #Selangor