KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 lagi kes kematian membabitkan jangkitan COVID-19 dicatatkan sehingga semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam masa sama negara turut merekodkan 2,589 kes baharu akibat COVID-19 pada Isnin.

Pertambahan angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,721,544 kes,


Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 2,523 kes atau 97.5 peratus.

Selebihnya, 2.5 peratus atau bersamaan 66 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5, manakala kes sembuh adalah sebanyak 3,810 kes.

Sementara itu, menurut data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 29 kematian baharu dilaporkan setakat tengah malam Sabtu, menjadikan jumlah kematian terkini mencecah 31,073 kes.

Daripada angka kematian baharu empat melibatkan kes kematian di luar hospital atau brought-in-death (BID). Sebanyak 6,286 kes BID dilaporkan sehingga Ahad.