TAWAU: Seramai 190,000 penduduk berumur 18 ke atas di Sabah dikesan menghidap penyakit diabetes dan sedang menjalani rawatan di hospital dan klinik di seluruh negeri.
Jumlah ini tidak melibatkan penduduk pedalaman yang tidak tampil membuat pemeriksaan berikutan kekangan pengangkutan untuk keluar melakukan pemeriksaan kesihatan.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Nirmal Kaur berkata perkara ini sangat membimbangkan kerana jumlah itu menunjukkan 1 daripada 10 penduduk negeri berkenaan menghidap diabetes.
Katanya, walaupun penduduk negeri ini merasa sihat, namun perlu sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan serta mengamalkan gaya hidup sihat untuk menikmati kehidupan yang berkualiti.
"Apabila mencecah usia 30 tahun, walaupun anda nampak sihat, kena buat saringan darah setiap tahun.
"Kalau normal, anda perlu ulang setahun sekali; kalau abnormal, doktor akan nasihat bila perlu buat.
"Ada lima perkara untuk kita sihat, pertama kita jaga pemakanan, kedua jangan merokok. Kalau nak berhenti merokok kita ada klinik berhenti merokok di semua klinik di Sabah.
"Kita kena buat aktiviti senaman selama 30 minit, lima kali seminggu; kita kena kekalkan berat badan yang unggul, dan terakhir sekali, kena kurangkan pengambilan alkohol," kata Dr Nirmal.
Dr Nirmal berkata demikian selepas merasmikan penutupan program sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat daerah Tawau bagi tahun 2021 di Klinik Kesihatan Kubota Tawau.
Sementara itu, seorang suri rumah penghidap diabetes, Diana Roslee, 42, ketika ditemui akur agak sukar untuk kembali sihat selepas disahkan menghidap penyakit itu.
"Berat saya sekarang 110 kilogram dan saya penghidap kencing manis.
"Pesanan saya kepada rakyat Malaysia supaya jaga kesihatan, jangan sudah kena baru menyesal, susah nak balik pegi sihat tu kalau sudah kena kencing manis," kata Diana.
Sepanjang program Hari Diabetes Sedunia, Pejabat Kesihatan Tawau juga menganjurkan pelbagai program berkaitan kesedaran bahaya diabetes.
Antaranya taklimat bahaya diabetes, pertandingan mewarna untuk pelajar sekolah rendah, pertandingan melukis, serta pertandingan mencipta poster digital.
Petrus Bernard
Sat Nov 20 2021
Dr Nirmal berkata walaupun penduduk negeri ini merasa sihat, namun perlu sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan serta mengamalkan gaya hidup sihat. -Astro AWANI
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Arwah Dollah Cantek miliki sifat humor ketika bekerja - Eric Floor 88
Pengacara dan juga bekas pengurus pentas program-program terbitan Astro, Dollah Cantek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Pusu Gombak.
Tabung Kasih@HAWANA: Dua sahabat media di Melaka dibantu
Dua bekas pengamal media di Melaka hari ini menerima sumbangan daripada Tabung Kasih@HAWANA bertujuan membantu komuniti media yang memerlukan.
Retinopati diabetik: Lakukan saringan penglihatan secara berkala
Retinopati diabetik merupakan gejala kerosakan pada retina mata dan boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta.
PM hulur sumbangan kepada pelakon veteran Mak Jah
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan kepada pelakon veteran Maimunah Ahmad, atau Mak Jah, yang berdepan masalah kesihatan.
Akses kepada informasi mengenai penyakit kencing manis penting - Dr Nor'Aishah
Usaha memberi kesedaran, menyediakan informasi dan juga cara penjagaan pengidap penyakit berkenaan amat penting bagi masyarakat negara ini.
KKM lancar Pelan Advokasi Gula dalam masa terdekat
Pelan tersebut juga sebagai usaha untuk menangani penyakit tidak berjangkit terutamanya kencing manis.
Bukan sekadar manis semata-mata, kenal pasti punca dan simptom diabetes selain gula
Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan mengidap penyakit diabetes menjelang 2025.
Kaki lelaki ini dipotong akibat minum teh tarik
Dalam sehari, Lan boleh minum antara tiga empat gelas teh tarik selain sangar menggemari air berkarbonat dan jarang minum air kosong.
Kerajaan belanja RM4.9 bilion setahun tangani diabetes - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata, usaha berterusan melibatkan semua pihak berkaitan penting dalam menangani penyakit berkenaan.
Khalis The Real Spin diuji sakit, 5 anak tercicir dalam pelajaran
Dia juga tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada anak-anak dengan memaksa mereka ke sekolah selepas lebih setahun meninggalkannya.