KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mahu mendapatkan semula US$2.3 bilion yang dilaburkan di syarikat pelaburan Bridge Global Absolute Return Fund SPC.
Bekas setiausaha syarikat 1MDB, Goh Gaik Kim, 54, berkata, perkara itu dibincangkan semasa beliau menghadiri mesyuarat pada 11 Nov 2013.
Saksi pendakwaan ke-17 yang dirujuk dengan minit mesyuarat itu berkata, antara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan arahan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB supaya pelaburan di Bridge Global Absolute Return Fund SPC ditebus semula untuk dibawa balik ke Malaysia.
"Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman telah berkata bahawa "pada masa ini tiada rancangan untuk melepaskan pegangan portfolio pelaburan. Beliau menambah dividen setengah tahun pertama kira-kira tiga peratus baru sahaja diterima.
"KPMG Malaysia, firma audit 1MDB, juga telah meminta beberapa dokumen supaya dapat memastikan bahawa pelaburan Kumpulan 1MDB di dalam Bridge Global Absolute Return Fund SPC telah direkod pada nilai saksama," katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Dalam prosiding sebelum ini, rakan kongsi urusan KPMG Malaysia, Datuk Johan Idris berkata, pihaknya tidak dapat menandatangani laporan audit penyata kewangan 1MDB bagi 2013 kerana 1MDB gagal memberi maklumat terperinci berkaitan pelaburan itu.
Terdahulu, prosiding perbicaraan pada sebelah pagi ditangguhkan ke petang kerana bekas Perdana Menteri itu menghadiri upacara pengebumian bekas Ketua Setiausaha Sulitnya, Tan Sri Ab Aziz Kassim.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed supaya Najib dikecualikan daripada hadir pada prosiding sebelah pagi.
Wan Aizuddin berkata, Najib dimaklumkan Ab Aziz meninggal dunia awal pagi tadi dan oleh kerana hubungan yang rapat antara kedua-dua mereka serta tempoh perkhidmatan yang lama, bekas Perdana Menteri itu memohon dikecualikan hadir pada perbicaraan pagi ini untuk menghadiri upacara pengebumian.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah berhubung permohonan itu.
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia
Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Perjanjian berkaitan pemulihan aset 1MDB tidak terperinci - Johari
Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berkaitan pemulihan aset 1MDB pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci.