PKR hari ini mempersoalkan penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pemuda UMNO berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua, tindakan Pemuda UMNO menggesa siasatan dijalankan ke atas ahli perniagaan, Low Taek Jho Low atau Jho Low setelah pelbagai penafian dibuat menimbulkan syak bahawa terdapat ‘versi’ lain yang telah diceritakan oleh Najib kepada mereka.
Najib yang juga Presiden UMNO telah mengadakan perjumpaan dengan Pergerakan Pemuda UMNO pada Isnin lepas untuk memberi penjelasan mengenai beberapa isu yang dibangkitkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk isu 1MDB, isu Altantuya dan jet kerajaan.
"Kenapa Pemuda UMNO terus menyerang Jho Low apabila penafian sentiasa dilakukan oleh Kerajaan dan 1MDB?
"Saya tidak mengetahui apa yang Najib terangkan kepada Pemuda UMNO dalam perjumpaannya kerana kita tidak berada di situ… kecuali PM menerangkan kepada Pemuda UMNO versi yang berlainan apa yang kita dengar bahawa Jho Low adalah dalangnya," kata Ahli Parlimen Batu itu pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Rabu.
Katanya, sebelum ini ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah mengajukan pelbagai soalan tentang penglibatan Jho Low, dengan 1MDB namun Najib telah menafikan perkara tersebut.
Malah, perkara itu turut dinafikan oleh Jho Low sendiri dalam kenyataannya di temubual ekslusif majalah Euromoney baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penasihat pelaburan Hong Kong Jynwel Capital
itu turut mengkritik Pemuda UMNO kerana cuba menyalahkan beliau sebagai punca kegagalan 1MDB, sambil menyifatkan mereka sebagai ‘kaki putar’.
Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan juga exconya, Ibdillah Ishak yang menggesa agar siasatan segera dilakukan terhadap penglibatan Jho Low dalam syarikat milik kerajaan itu.
Mengulas lanjut tentang perkara itu, Tian Chua berkata penafian yang dibuat oleh Jho Low berkenaan penglibatannya dengan 1MDB konsisten dengan apa yang dikatakan oleh Najib.
“Persoalannya ialah apa yang dikatakan oleh Jho Low konsisten dengan apa yang dikatakan oleh PM.
“Oleh itu, jika Jho Low kata kamu ‘kaki putar’, kamu saman lah dia,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Jelas Tian Chua, sekiranya Pemuda UMNO yakin dengan penjelasan Najib tentang 1MDB, mereka tidak perlu menggesa siasatan dilakukan ke atas Jho Low.
Haider Yutim
Wed Apr 15 2015
Tian Chua menanyakan kenapa Pemuda UMNO terus menyerang Jho Low setelah penafian dibuat oleh Kerajaan dan 1MDB. Foto AWANI / SHAHIR OMAR
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.