Kira-kira 2.4 tan bantuan perubatan disalurkan kepada kerajaan China menerusi program bantuan Ops Harapan.

Ia merupakan sebuah inisiatif daripada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk dihantar kepada hospital-hospital di bandar Wuhan, China.

Bantuan bagi fasa pertama dimulakan pada petang Selasa menerusi perkhidmatan MASkargo dan dijangka tiba di China awal pagi Rabu.

Antara produk yang diberikan termasuk topeng muka pembedahan, topeng N95, sarung tangan pembedahan dan gogal.

Ini bentuk sumbangan yang telah disalurkan kepada kerajaan China oleh Ops Harapan :-
Kesemua jumlah bantuan perubatan tersebut mencecah kos sehingga RM409,612 dan bermuatan sehingga 2.4 tan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo, Ibrahim Mohamed Salleh, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan NGO berkenaan.

Pada masa sama, beliau berharap agar kesemua bentuk keperluan tersebut serba sedikit dapat meringankan beban kakitangan hospital untuk menjalankan tugas dengan selamat.

Sebelum ini, MASkargo turut menjadi rakan kerjasama dalam misi bantuan kemanusiaan seperti aktiviti bantuan sumbangan kepada mangsa letusan gunung berapi Taal di Filipina serta kebakaran hutan di Australia.

Inisiatif Ops Harapan mula diperkenalkan pada 30 Januari lalu dan dijangka masih berterusan sehingga ke fasa seterusnya bagi membantu mangsa jangkitan 2019 novel koronavirus (n-CoV) dan kakitangan hospital di Wilayah Hubei.

BACA: Koronavirus: KKM sahkan kes pertama warganegara Malaysia

BACA: Masih tiada keperluan sekat semua warga China - Muhyiddin

B
ACA:
Hospital khas koronavirus siap kurang 10 hari, siapa di sebalik pembinaannya?