2,783 jangkitan baharu COVID-19, sembilan kematian

Sinar Harian
Ogos 1, 2022 01:00 MYT
Seramai 22 pesakit COVID-19 berada di PKRC, manakala 1,477 pesakit ditempatkan di hospital dengan 54 dimasukkan ke ICU. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kes jangkitan baharu COVID-19 di negara ini kembali menurun apabila mencatatkan 2,783 kes pada Ahad, berbanding 4,271 kes pada Sabtu.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, sebanyak sembilan kes kematian baharu turut direkodkan dengan empat daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).
Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian dalam negara kini sebanyak 35,969 kes.
Sementara itu, kes aktif COVID-19 pula mencatatkan sebanyak 45,306 kes, dengan 43,753 atau 96.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Seramai 22 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 1,477 pesakit COVID-19 ditempatkan di hospital dengan 54 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Daripada jumlah itu, 32 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 22 lagi memerlukan mesin ventilator.
Bagaimanapun, kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 4,482 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh dalam negara sebanyak 4,598,778 kes. - Sinar Harian
#COVID-19 #ICU #brought-in-dead #kes positif