2 jet komersial patah balik selepas ancaman bom

Bernama
Mac 22, 2024 04:25 MYT
Polis Denmark di Copenhagen memberitahu radio Sweden bahawa mereka akan memeriksa pesawat itu untuk mencari objek berbahaya. - Gambar hiasan
COPENHAGEN: Dua jet komersial yang dalam penerbangan dari ibu negara Denmark ke Stavanger, Norway terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Copenhagen pada petang Khamis selepas dipercayai menerima ancaman bom, lapor Xinhua.
Sebuah jet Scandinavian Airlines telah memasuki ruang udara Norway apabila ia diminta berpatah balik manakala sebuah penerbangan Norway diberitahu untuk kembali sejurus selepas berlepas.
Syarikat penerbangan itu mengesahkan insiden berkenaan kepada radio Norway NRK bahawa semua penumpang telah dipindahkan sejurus jet berkenaan mendarat.
Polis Denmark di Copenhagen memberitahu radio Sweden bahawa mereka akan memeriksa pesawat itu untuk mencari objek berbahaya.
Bagaimanapun pihak berkuasa tidak menjelaskan bagaimana mereka mengetahui mengenai potensi ancaman itu.
--BERNAMA-XINHUA
#ancaman bom #Scandinavian Airlines #patah balik #penumpang