Setelah berdepan kemelut dalaman parti yang berlarutan, MIC yang kini mantap dengan barisan pemimpin baharu berikrar akan menerajui transformasi masyarakat India dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
Beberapa pemimpin tertinggi MIC yakin dan percaya pelan transformasi yang dilakar di bawah kepimpinan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam, yang menang tanpa bertanding pada 21 Ogos lepas, mampu mengembalikan keyakinan masyarakat India terhadap parti berkenaan supaya terus relevan.
Dr Subramaniam berkata parti itu telahpun menubuhkan Majlis Pembangunan Pendidikan Masyarakat India dan Majlis Pembangunan Ekonomi Masyarakat India bagi merealisasikan matlamat berkenaan.
"Banyak program akan dipergiatkan oleh kedua-dua jawatankuasa itu termasuk memperkasa ekonomi bagi usahawan kaum India, khususnya usahawan kecil dan sederhana (PKS) supaya dapat menjana pendapatan pada skala yang lebih besar," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S K Devamany memberitahu Bernama, parti yang berusia 69 tahun itu kini berada di landasan yang betul selepas mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran, termasuk mengharungi kes mahkamah berhubung isu pemilihan dalaman parti tahun lepas.
Beliau berkata dua jawatankuasa yang ditubuhkan bagi memperkasa bidang ekonomi dan pendidikan adalah hasil usaha barisan kepimpinan baharu dalam tempoh tujuh minggu selepas dipilih pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi MIC pada 6 Nov lepas.
"Kedua-dua jawatankuasa ini bukan sahaja terdiri daripada anggota MIC tetapi juga pakar dan individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial," katanya.
Devamany, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berkata MIC yang kini mempunyai imej dan nafas baharu semakin dahagakan transformasi, dan berikutan itu parti berkenaan harus bergerak pantas bagi memenuhi harapan masyarakat India.
Menyentuh mengenai krisis dalaman parti yang masih berlanjutan sehingga hari ini, Devamany mengakui ia merupakan asam garam dunia politik serta menegaskan konflik itu sama sekali tidak menghalang MIC untuk terus membela dan memperjuangkan kebajikan masyarakat India.
Bagi Naib Presiden MIC Datuk T Mohan pula, pemimpin parti itu akan kerap turun padang secara bersama bagi bertemu anggota parti serta masyarakat India bagi mendapat maklum balas mengenai masalah yang dihadapi.
Mohan berharap usaha itu dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat India dengan lebih pantas, serta membina kembali keyakinan masyarakat itu terhadap MIC.
Katanya masyarakat India mengharapkan penambahbaikan dari segi sosio ekonomi, sosial dan pendidikan.
Anggota MIC juga akan bekerja sebagai satu pasukan dan berusaha keras untuk mengembalikan keyakinan kaum India terhadap kerajaan dan mengembalikan era kegemilangan parti tersebut, katanya.
Bagi Pemuda MIC, usaha mempertingkatkan lebih ramai usahawan muda dalam kalangan kaum itu akan dipergiatkan lagi, kata ketuanya C Sivarraajh.
Beliau berkata parti itu tekad untuk melahirkan 1,000 usahawan muda dengan kerjasama Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED) dan Tekun Nasional.
"Kami(Pemuda MIC) sedang giat menjalankan program itu dengan slogan 'Satu Rumah, Satu Usahawan'. Selain itu, kami turut merancang beberapa program seperti MIC Youth Job Fair 2016, Skill Training Fair and Campaign, Ekspo Perumahan Belia India 2016," katanya.
Parti yang pada 5 Dis 2014 diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengadakan pemilihan semula atau berhadapan risiko dibatalkan pendaftaran, kini tenang dan lebih fokus untuk melayari 2016.
Bernama
Sun Jan 03 2016
Masyarakat India mengharapkan penambahbaikan dari segi sosio ekonomi, sosial dan pendidikan. - Gambar fail
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Tiga bekas menteri duduk sepentas, sokong pimpinan baharu KKM transformasi sektor kesihatan
Tiga bekas Menteri Kesihatan sepakat untuk memberi sokongan kepada kepimpinan baharu kementerian itu bagi mentransformasikan sektor kesihatan negara.
Tun Samy Vellu meninggal dunia
Bekas Presiden MIC Tun Samy Vellu meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.
MIC ubah cara berpolitik, kekal relevan - Subramaniam
Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk mengubah cara berpolitik sebagai pembangkang.
Kemenangan Pakatan Harapan, akhbar tempatan 'meriah'
Kesemua akhbar tempatan menjadikan berita kemenangan Pakatan Harapan sebagai tajuk utama.
Dr Subramaniam yakin sokongan pengundi Cina meningkat
Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata sokongan pengundi Cina semakin meningkat apabila mereka telah bosan dengan janji palsu parti pembangkang.
Sokongan kaum India lebih baik pada PRU14 - Dr Subramaniam
Keyakinan itu berdasarkan pada maklum balas daripada lebih 800,000 pengundi India di peringkat kebangsaan menerusi pelbagai program dan bantuan yang dilaksanakan.
Kementerian Kesihatan kaji khidmat 'doula'
Kementerian Kesihatan sedang meneliti sama ada khidmat 'doula' (pembantu ketika proses kelahiran) kepada wanita hamil wajar diteruskan atau sebaliknya.
Hasil siasatan kebakaran IPFN dijangka siap dua minggu lagi
Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan rasmi menerusi siasatan yang sedang giat dilakukan oleh pihak bomba bagi mengesan punca kebakaran.
#MalaysiaMemilih: Mampukah MCA dan Gerakan bertahan di Johor?
Pada PRU yang lepas, komponen Barisan Nasional di Johor selain UMNO tidak mencatatkan keputusan yang memberansangkan.
Rakyat Malaysia terlebih ambil garam setiap hari
Setiap rakyat Malaysia direkodkan telah terlebih mengambil garam setiap hari, ujar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.