Sebanyak 226 syarikat tempatan telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) kali ini.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 48 buah syarikat tempatan berbanding pada LIMA 2011.

Pengesahan itu sekaligus menjadikan ia penyertaan terbesar dalam kalangan syarikat tempatan sejak acara dwitahunan itu bermula pada 1991.

Perkembangan tersebut juga membuktikan perkembangan positif dalam industri maritim dan aeroangkasa negara.

Selain itu, 207 buah syarikat antarabangsa turut mengesahkan penyertaan mereka.

Sebanyak 78 pesawat dan 63 kapal akan turut dipamerkan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan di pangkalan Jeti Porto Malai.

Antara program menarik pada LIMA kali ini termasuklah pertunjukan udara pasukan aerobatik ‘The Smokey Bandits’ dari Tentera Udara Diraja Malaysia, Pasukan Aerobatik 1Malaysia Krisakti serta pertunjukan oleh ‘The Russian Nights’ dari Rusia dan ‘Jupiter’ dari indonesia.

LIMA 13 yang akan membuka tirainya esok, akan berakhir pada 30 Mac ini.

Ia dibuka kepada orang awam pada 29 dan 30 Mac dengan bayaran tiket serendah RM 10 seorang.