25 buah rumah setinggan dijilat api di Jalan Klang Lama

Astro Awani
Disember 20, 2016 15:00 MYT
Sejumlah 25 buah rumah separuh papan musnah dalam kebakaran tersebut namun, pihak bomba dapat menyelamatkan sejumlah 30 buah rumah lagi di kawasan itu. - fotoBERNAMA
Sejumlah 25 buah rumah setinggan musnah dijilat api dalam kebakaran berhampiran Scott Garden, Jalan Klang Lama sekitar pukul 7.40 malam tadi.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata, api bermula di kawasan setinggan yang terletak bersebelahan Scott Garden.
Sejumlah 25 buah rumah separuh papan musnah dalam kebakaran tersebut namun, pihaknya dapat menyelamatkan sejumlah 30 buah rumah lagi di kawasan itu.
Memetik laporan portal berita, The Star, Samsol berkata anggotanya bernasib baik kerana bekalan air di kawasan itu mula pulih sejak jam 4 petang tadi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang dipercayai berpunca dari litar pintas.
Sejumlah 80 anggota bomba dikejarkan ke lokasi dan mereka berjaya mengawal kebakaran dalam masa sejam.
#API #Jalan Klang Lama #scott garden #setinggan