262 kertas siasatan berita palsu mengenai COVID-19 dibuka

Astro Awani
Mei 9, 2020 09:53 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka sebanyak 262 kertas siasatan berkaitan berita palsu mengenai COVID-19. - Foto Astro AWANI
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasidan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka sebanyak 262 kertas siasatan berkaitan berita palsu mengenai COVID-19.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut 179 kes masih dalam siasatan, 29 kes telah didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran dan 18 telah mengaku bersalah.
"Melalui Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang juga ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19, sehingga kini sebanyak 263 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh PRP," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari WWW.SEBENARNYA.MY untuk menyemak kesahihan berita.
#COVID-19 #COVID19 #ismail sabri yaakob #keselamatan #koronavirus #mahkamah #Malaysia #Media #menteri #PDRM #polis #Polis Diraja Malaysia #Semak Fakta #siasatan #SKMM