269 pelarian Rohingya ceroboh negara akan jalani saringan COVID-19

Astro Awani
Jun 9, 2020 11:11 MYT
269 etnik Rohingya yang ditahan kerana menceroboh negara semalam telah menjalani pemeriksaan kesihatan.
Seramai 269 pelarian Rohingya yang ditahan kerana menceroboh negara pada Isnin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan akan turut melalui ujian saringan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan akan memutuskan tindakan susulan terhadap kesemua mereka.
"Semalam memang betul ada pendaratan pelarian Rohingya seramai 269 orang. Kita telah laksanakan saringan kesihatan dan mereka juga akan disaring untuk kes COVID.
"Kita akan bincang perkara ini pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kanan dan tindakan seterusnya akan diambil oleh pelbagai agensi , bukan setakat KKM (Kementerian Kesihatan) sahaja," katanya dalam sidang media harian di sini pada Selasa.
BACA: Bocorkan bot bagi elak diusir, 269 PATI Rohingya akhirnya ditahan
BACA: Malaysia bertegas, tidak lagi terima pelarian Rohingya - Ismail Sabri
#bot #Dr Noor Hisham Abdullah #kerajaan #kesihatan #KKM #koronavirus #Malaysia #Media #Noor Hisham Abdullah #pati #pelarian #Rohingya