KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 28 kluster baharu COVID-19 di negara ini pada Sabtu.

Ia menjadikan jumlah kluster aktif meningkat kepada 1,446 kluster ketika ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kluster baharu itu sebanyak 17 kluster melibatkan tempat kerja.

Manakala enam merupakan kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko dan dua kluster pendidikan.

BACA: COVID-19: 19,550 kes baharu hari ini, Sarawak terus sumbang angka tertinggi

Berikut perincian mengenai kluster-kluster baharu COVID-19 pada 11 September 2021:

Berikut 28 kluster baharu yang direkodkanBerikut 28 kluster baharu yang direkodkan