KUALA LUMPUR: Sebanyak 219 kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini 9,403 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, kes baharu COVID-19 pula mencatatkan penurunan kepada 15,764 berbanding 17,150 kes semalam.

Berikut lima perkara penting kenyataan media KKM pada Isnin;

1. Kes baharu COVID-19 mencatatkan penurunan kepada 15,764 berbanding 17,150 kes semalam.

2. Selangor masih penyumbang tertinggi penularan kes harian dengan sebanyak 6,067 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,536), dan Johor (1,222).

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 199,051 kes.

4. Sebanyak 219 kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kini 9,403 kes.

5. Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini sedang merawat sebanyak 1,063 kes dan daripada jumlah itu, 532 kes memerlukan bantuan pernafasan.