30 kawasan di Semenanjung hadapi cuaca panas tahap berjaga-jaga

Sinar Harian
Mei 13, 2023 12:01 MYT
Aantara kawasan tersebut termasuk Perlis dan beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Kota Setar, Bandar Baharu, Padang Terap, Kubang Pasu, Kuala Muda, Pendang, Kulim, Sik, Kuala Muda. - Gambar hiasan
SHAH ALAM : Sebanyak 30 kawasan di Semenanjung Malaysia dilaporkan berada dalam status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara kawasan tersebut termasuk Perlis dan beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Kota Setar, Bandar Baharu, Padang Terap, Kubang Pasu, Kuala Muda, Pendang, Kulim, Sik, Kuala Muda.
Di Perak pula, kawasan terlibat ialah Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar.
Bagi Pantai Timur, beberapa tempat direkodkan seperti Kuala Krai dan Pasir Mas di Kelantan serta Bentong, Bera, Jerantut, Lipis, Maran, Raub, Rompin, Temerloh di Pahang.
Dalam pada itu, turut termasuk Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan serta Tampin dan Muar di Johor.
Di Sabah pula, hanya satu kawasan dilaporkan iaitu Kinabatangan sementara di Sarawak tiada. - Sinar Harian
#cuaca panas #MetMalaysia #amaran berjaga-jaga #senarai kawasan