PUTRAJAYA: Kira-kira 300 daripada 500 siren amaran banjir di seluruh negara dinaik taraf bagi membolehkan isyarat amaran disampaikan dengan lebih berkesan kepada penduduk setempat, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh.
Dalam Program Agensi-Agensi Teknikal dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana bersama Media di Markas SMART, Pulau Meranti dekat sini hari ini, beliau berkata penaiktarafan itu adalah dari segi bunyi yang kuat dan berbeza daripada siren polis atau ambulans, selain disertakan dengan pengumuman akan berlakunya banjir di kawasan terlibat.
"Kita sedang tambahkan kuasa bunyi siren itu dan buat pengumuman, sebelum ini tiada pengumuman dibuat. Siren-siren ini dipasang di kawasan kritikal berlakunya banjir di seluruh negara," katanya dan menambah ujian siren amaran itu telah dilaksanakan bersama penduduk di kawasan tertentu.
Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang dipengerusikannya bersetuju supaya bunyi amaran awal berbeza dengan bunyi siren yang lain seperti ambulans dan kereta peronda polis bagi mengelakkan kekeliruan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata pihaknya akan menambah lima lagi radar cuaca milik jabatan itu, menjadikan jumlah keseluruhan 19 radar menjelang tahun depan.
"Dengan adanya radar ini, akan dapat memantapkan lagi operasi pemantauan cuaca...kita akan dapat keluarkan amaran hujan atau ribut petir dengan lebih cepat," katanya.
Musim Monsun Timur Laut (MTL) kebiasaannya mengakibatkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar terutama di negeri-negeri pantai timur. MET Malaysia meramalkan MTL 2022/2023 bermula pada Nov 2022 hingga Mac 2023.
Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan lebat monsun bermula November hingga Disember 2022, manakala Johor, Sabah dan Sarawak dijangka berhadapan hujan lebat monsun bermula Disember 2022 hingga Januari 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Kira-kira 300 daripada 500 siren amaran banjir di seluruh negara dinaik taraf bagi membolehkan isyarat amaran disampaikan dengan lebih berkesan kepada penduduk setempat. - Gambar fail/BERNAMA
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
300 siren amaran banjir dinaik taraf - JPS
Kira-kira 300 daripada 500 siren amaran banjir di seluruh negara dinaik taraf bagi membolehkan isyarat amaran disampaikan dengan lebih berkesan kepada penduduk setempat.