BALIK PULAU: Fenomena kejadian alam, pancuran meteor Geminids yang sentiasa dinanti-nantikan pada Disember setiap tahun dapat dilihat dengan jelas dari Balai Cerap (peribadi) Lim Choon Kiat di Balik Pulau awal pagi tadi.
Presiden Pertubuhan Astronomi Pulau Pinang Dr Chong Hon Yew berkata ahli, pelajar mahupun peminat astronomi sentiasa menantikan kehadiran Disember kerana ia merupakan tempoh pancuran meteor paling aktif sepanjang tahun, sekitar 312 meteor Geminids termasuk lima meteor rawak dan satu bola api berona biru dapat dilihat dengan jelas.
Menurutnya, meteor Geminids terhasil daripada Asteroid 3,200 Phaethon yang terbakar ketika memasuki atmosfera bumi, menghasilkan pancuran cahaya yang juga dikenali sebagai 'tahi bintang' dalam kalangan masyarakat.
"Antara kelainan pancuran meteor pada Disember 2021 yang boleh dilihat pada kali ini adalah kita juga menyaksikan lima meteor rawak ketika pancuran meteor Geminids. Geminids merupakan meteor dari arah utara menghala ke selatan tetapi meteor rawak ini pula muncul dari arah selatan menghala ke utara.
"Melalui pengamatan saya, meteor rawak hanya boleh dilihat beberapa kali dalam jangka masa satu bulan namun pada awal pagi ini, kita berjaya menyaksikan lima. Dalam masa yang sama, kita juga berjaya melihat satu bola api berona biru yang sangat terang pada pukul 4.23 pagi," katanya ketika membuat pemerhatian meteor Geminids di sini awal pagi tadi.
Menurut Chong, ahli-ahli Pertubuhan Astronomi Pulau Pinang telah memulakan persiapan mencerap meteor Geminids bermula 10 malam (13 Dis) namun gagal merekodkan sebarang penampakan meteor akibat langit diliputi awan tebal namun pada semalam, kumpulannya merekodkan 150 pancuran meteor Geminids.
"Dianggarkan oleh International Meteor Organization (IMO), waktu kemuncak pancuran adalah pada pukul 3 petang waktu tempatan. Sayangnya, kita tidak dapat melihatnya kerana waktu siang namun negara seperti Amerika Syarikat berpeluang melihatnya bermula sekitar 2 pagi," kata bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
Chong berkata rekod tertinggi pancuran meteor Geminids di Pulau Pinang dicatatkan pada 2004 dengan 1,103 pancuran pada satu malam dan rekod tersebut masih belum dipecahkan hingga sekarang.
Beliau berkata antara punca kekurangan penampakan meteor tersebut adalah disebabkan cuaca dan kehadiran bulan.
"Bulan pada malam tadi (14 Dis) adalah bulan sebelum purnama, ia sangat terang dan dijangka terbenam pada pukul 7.30 pagi. Sekiranya langit cerah dengan cahaya bulan, pancuran meteor sukar untuk dilihat," katanya.
Sehingga pukul 5.30 pagi, kira-kira 20 pemerhati daripada pertubuhan, pelajar-pelajar USM serta orang awam melakukan aktiviti cerapan fenomena pancuran meteor Geminids itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
Ahli Persatuan Astronomi Pulau Pinang (ASP), Ammer Syed Jamaluddin menggunakan teleskop untuk melihat hujan meteor Geminid memandangkan keadaan persekitaran di Balai Cerap Lim Choon Kiat, Pulau Betong di sini yang hampir sempurna. - Bernama
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
Peluang menyaksikan pancuran meteor Geminids pada 13 dan 14 Dis ini
Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pancuran Meteor Geminids yang berpusat di buruj Gemini pada malam 13 dan 14 Disember ini.