SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan 3,223 Jualan Rahmah di seluruh negara membabitkan keseluruhan jualan bernilai RM52 juta sejak Januari hingga kini.
Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata ia melibatkan 118 Parlimen dengan jualan barangan lebih murah sehingga potongan 30 peratus berbanding harga pasaran sekali gus bertujuan membantu mengurangkan kos hidup rakyat.
"Di peringkat Kementerian, kami luluskan RM125,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri dengan keseluruhan RM100 juta yang boleh digunakan hingga hujung tahun untuk melaksanakan Jualan Rahmah.
"Sebelum ini pun memang ada (Jualan Rahmah) yang ia merupakan inisiatif dengan kerjasama sesetengah pasar raya, tetapi dengan subsidi yang kami tawarkan, insya-Allah lebih giat lagi akan dilakukan...dengan ada pakej Rahmah, barang berharga RM70 dijual RM50 selain pelbagai diskaun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Jualan Rahmah peringkat Negeri Sembilan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.
Pelaksanaan inisiatif berkenaan diadakan selama tiga hari mulai hari ini membabitkan 11 pasar raya terpilih selain pengunjung pada hari ini turut diberikan baucar e-dompet berjumlah RM20 untuk digunakan bagi membeli barangan.
Dalam pada itu, Fuziah berkata kebanyakan pengilang telah menyatakan kesediaan mereka untuk turut melaksanakan Jualan Rahmah yang akan diumumkan secara satu persatu dalam waktu terdekat.
"Ada pengilang sudah mula buat inisiatif ini...mereka ambil masa lama kerana perlu berbincang secara terperinci dengan peruncit terlebih dahulu memandangkan ia ada kesan dengan stok sedia ada...dijangka lebih banyak pengilang akan sertai kami laksanakan Jualan Rahmah," katanya.
Mengenai stok minyak masak bersubsidi dalam negara, beliau berkata bekalannya mencukupi ketika ini dan KPDN sentiasa melaksanakan penguatkuasaan bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini termasuk penyelewengan, ketirisan dan pencatutan.
"Kami keluarkan 60 juta paket minyak masak sebulan, itu kuota kami, jadi dari segi jumlah tidak kurang, tapi apabila berlaku ketirisan, ada keadaan orang ramai tak dapat beli minyak masak namun penguat kuasa sentiasa turun padang untuk pastikan keperluan dan harga dikawal," katanya.
Sementara itu, Aminuddin berkata selain Jualan Rahmah, kerajaan negeri juga sebelum ini turut mengadakan kolaborasi bersama KPDN negeri bagi membantu usahawan tempatan dan menangani peningkatan harga barang termasuk penganjuran Program Jualan Keluarga Malaysia dan NS Fest.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023
Fuziah (tengah) pada sidang media selepas melancarkan Jualan Rahmah peringkat negeri di sebuah pasar raya, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (kanan). - Foto BERNAMA
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan - Fuziah
Sebanyak 81 peratus daripada 1,600 responden berpuas hati dengan pelaksanaan program Payung Rahmah yang meliputi inisiatif Bakul Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah.
Jualan Rahmah rekod lebih 9 juta pengunjung tahun lepas
Seramai 9.2 juta pengunjung direkodkan pada 6,870 program Jualan Rahmah yang diadakan di seluruh negara pada tahun lepas.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di Perak
Terdapat tiga cara pelaksanaan Jualan Rahmah, iaitu dalam premis (pasar raya), luar premis (kawasan terbuka) dan lori bergerak.
Jualan Rahmah bantu rakyat buat persediaan sambut puasa
Pembeli yang ditemui memberitahu, Jualan Rahmah menjadi platform yang membantu menjimatkan perbelanjaan golongan B40.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu Jualan Rahmah
Seorang penjawat awam wanita ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan program Jualan Rahmah, tahun lepas.
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 23 hingga 27 Dis
KPDN akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena sambutan Krismas berkuat kuasa 23 hingga 27 Dis ini.
KPDN tambah baik pelaksanaan Jualan Rahmah tahun depan - Armizan
KPDN komited untuk menambah baik inisiatif Program Jualan Rahmah sebagai usaha memastikan manfaatnya terus dinikmati golongan sasar di seluruh negara pada tahun depan.
Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN
Pemeriksaan dijalankan KPDN Johor di beberapa premis di Pasir Gudang mendapati tidak timbul isu kekurangan bekalan barang keperluan.
Orang ramai harap Jualan Rahmah diadakan lebih kerap, dapat berjimat
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan di Program Jualan Rahmah kerana harganya lebih murah dan mudah dapat bekalan.
Hassan Karim dakwa Pasir Gudang putus bekalan makanan asas
Beliau berkata, KPDN perlu segera mengadakan program jualan Rahmah atau menghantar bekalan makanan yang cukup ke Pasir Gudang sekarang.