33 lagi kluster baharu COVID-19, separuh daripadanya di tempat kerja

Astro Awani
Ogos 5, 2021 11:57 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 33 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 33 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Daripada jumlah itu, 17 melibatkan kluster tempat kerja, 13 kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan dan satu kluster kumpulan berisiko.
Setakat ini, sebanyak 2,652 kluster telah tamat dan 1,177 kluster masih aktif.
Perincian 33 kluster baharu COVID-19 adalah seperti di bawah:
#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #KKM #Malaysia #Kluster baharu