330,00 batang rokok seludup dilupus

Astro Awani
Mac 29, 2022 01:30 MYT
Sisa pelupusan itu kemudiannya dibuang di tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Kuala Nerus. -Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 330,000 batang rokok seludup bernilai lebih RM219,000 dilupuskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu.
Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kesemua rokok yang dilupuskan itu telah dirampas berhampiran Pulau Bidong pada Ogos tahun lalu.
Muhammad Suffi berkata, proses pelupusan barangan yang tidak bercukai dan tiada pemilik itu menggunakan mesin pengisar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu.
Menurutnya, sisa pelupusan itu kemudiannya dibuang di tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Kuala Nerus.
Maritim Malaysia | 330,00 batang rokok seludup dilupus
Ogos lalu, APMM Terengganu menggagalkan cubaan menyeludup masuk 330,000 batang rokok putih berhampiran Pulau Bidong.
Rokok itu ditemukan pada jam 6 petang oleh anggota APMM yang melakukan rondaan selepas melihat longgokan objek mencurigakan di pantai Pulau Karah, kira-kira 1.5 batu nautika dari Pulau Bidong.
#Maritim Malaysia #lupus rokok seludup #Maritim Terengganu #Pulau Bidong