KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 37 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu di mana kluster tempat kerja masih merupakan kluster tertinggi dengan 21 kluster.

Manakala 12 kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan turut dikenal pasti dalam tempoh 24 jam lalu.

Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media KKM pada 5 September:

1. 20,396 kes baharu, dengan jumlah kumulatif 1,844,835 kes.

2. Lonjakan kes di Sarawak dengan 3,747 kes.

3. 336 kematian baharu, menjadikan jumlah kumulatif kini ialah sebanyak 18,219 kes.

4. Sebanyak 20,573 kes sembuh dicatatkan, dengan jumlah kumulatif kini ialah 1,570,827 kes.

5. 959 dimasukkan ke ICU, dan 436 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

BACA: COVID-19: 20,396 kes baharu, lonjakan kes di Sarawak