KUALA LUMPUR: Sebanyak 3.78 juta kenderaan di seluruh negara dikesan tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) hingga 16 Nov lepas.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli berkata pemilik LKM diberi tempoh hingga 31 Dis ini untuk memperbaharuinya.
Beliau berkata pemilik diingatkan tidak memperbaharui LKM di saat akhir bagi mengelak kesesakan di kaunter-kaunter cawangan JPJ yang turut dibuka pada hujung minggu hingga 31 Dis ini.
"Pengguna boleh datang ke mana-mana kaunter cawangan JPJ, senarai waktu boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi JPJ," katanya kepada pemberita selepas operasi bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi di sini tengah malam tadi.
Aedy Fadly berkata LKM juga boleh diperbaharui secara dalam talian jika pemilik tidak mahu bersesak di kaunter JPJ.
"Buat masa sekarang, kami beri peluang untuk mereka perbaharui LKM dan selepas 31 Dis tiada lagi arahan daripada kerajaan untuk menyambung moratorium dan sebagainya.
"JPJ memang menjangkakan berlaku serbuan pada saat-saat akhir kerana situasi itu adalah perkara biasa yang berlaku setiap kali tarikh akhir sudah semakin dekat. Serbuan luar jangka oleh orang awam itu nanti bukan sahaja akan berlaku di pejabat JPJ malah ia juga berlaku di pejabat pos," katanya.
Pada Sept lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata tempoh moratorium lanjutan pembaharuan LKM dilanjutkan hingga 31 Dis ini dan pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah serta menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan.
Mengenai operasi bersepadu itu, Aedy Fadly berkata pihaknya memeriksa 3,210 kenderaan dan mengeluarkan 596 notis atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Tujuan operasi bersepadu diadakan adalah untuk mendidik dan menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta peraturan di bawah bidang kuasa agensi penguat kuasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
Dalam operasi bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi malam tadi, JPJ memeriksa 3,210 kenderaan dan mengeluarkan 596 notis atas pelbagai kesalahan. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.
Perbaharui lesen memandu, LKM di Program MADANI Rakyat mulai Jumaat ini
Pembaharuan lesen itu boleh dilakukan melalui Perkhidmatan Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bakal beroperasi jam 9 pagi hingga 10 malam.
Struktur cukai jalan EV diumum bulan depan - Loke
Kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih kompetitif bulan depan sebagai usaha menggalakkan penggunaan kenderaan itu.
LKM rancang buka 200 hektar kawasan baharu tanaman koko tahun ini
Kawasan tanaman baharu itu meliputi 110 hektar di Sabah, 80 hektar di Semenanjung dan 10 hektar di Sarawak.
LKM, kerajaan negeri Sabah kerjasama perluas penanaman koko
Ketika ini pengeluaran koko negara hanya 1,000 tan metrik dan negara terpaksa mengimport biji koko dalam jumlah yang banyak.
Mangsa banjir dikecualikan bayaran ganti LKM, LMM dan VOC
Tiada tempoh ditetapkan bagi mangsa menggantikan dokumen berkenaan memandangkan masing-masing mempunyai urusan penting lain.
3.78 juta kenderaan masih belum perbaharui LKM - JPJ
Pemilik LKM diberi tempoh hingga 31 Dis ini untuk memperbaharuinya.
Urusan pembaharuan LKM di Puspakom Sabah, Sarawak bermula 1 Nov
Urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan boleh dilakukan di 14 pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom) di Sabah dan Sarawak bermula 1 Nov ini.
Urusan pembaharuan LKM kenderaan persendirian di Puspakom mulai esok
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan persendirian boleh dilakukan di 39 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seluruh Semenanjung mulai esok.
Minat ubah suai kenderaan jangan sampai melanggar undang-undang - JPJ
Pihaknya menjalankan tindakan penguatkuasaan sebagai langkah terakhir memastikan semua pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat dengan mematuhi peraturan ditetapkan.