LEBIH 9 juta atau 38.7 peratus populasi dewasa di Malaysia sudah menerima vaksinasi lengkap, menurut data dikongsikan di akaun Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada Selasa.
Sementara itu, 68.2 peratus populasi dewasa pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos, menjadikan secara keseluruhannya lebih 25 juta dos vaksin sudah diberikan kepada orang awam.
Dari segi jumlah keseluruhan, kira-kira 48.9 peratus rakyat Malaysia sudah menerima dos pertama, manakala 27.7 peratus pula sudah lengkap divaksinasi.
Kadar vaksinasi harian pula terus merekodkan angka memberangsangkan apabila mencatat angka lebih 400,000 dengan 465,793 dos diberi pada Isnin.
Daripada jumlah tersebut, seramai 187,495 orang menerima dos pertama dan 278,298 orang pula menerima dos kedua.
Jumlah itu lebih baik berbanding pada Ahad yang merekodkan 389,641 dos diberikan dengan 232,825 menerima dos kedua dan selebihnya dos pertama.
Data JKJAV pada Isnin menunjukkan Selangor negeri paling banyak memberikan suntikan dengan merekodkan 84,985 dos kedua dan 22,543 dos pertama.
Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 53,515 dos kedua dan 8,196 dos pertama, disusuli Johor (21,332 dos kedua, 29,804 dos kedua).
Ridauddin Daud
Tue Aug 10 2021
Lebih 9 juta atau 38.7 peratus rakyat Malaysia sudah menerima vaksin lengkap. -Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Kertas Putih Vaksin: KKM akan pastikan perolehan dilaksankan lebih teliti, berintegriti
Ia bertepatan dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Februari lepas berhubung Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19.
COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.
67 peratus Orang Asli sudah divaksin - Mahdzir
Data terkini juga menunjukkan seramai 172,155 Orang Asli layak divaksin melibatkan golongan dewasa berjumlah 144,180 orang dan 27,975 remaja berusia 12 hingga 17 tahun.
COVID-19: Vietnam lulus penggunaan vaksin Abdala
Vaksin Abdala adalah vaksin ke-8 yang diluluskan untuk kegunaan kecemasan di Vietnam.
76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi - JKJAV
76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat Rabu.
COVID-19: 72.7 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV
PICK terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila lebih 17.02 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat Sabtu.
CITF diminta tambah tujuh lagi PPV bergerak di Johor - Menteri
CITF diminta untuk menambah tujuh lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak dan jangkauan luar di Johor.
COVID-19: 65.9 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Perkembangan tersebut turut disumbang oleh pemberian vaksin harian dengan 369,280 dos semalam.
Sabah harap peroleh lebih 2.88 juta dos vaksin bulan ini
JKNS menyasarkan purata pemberian 60,000 dos vaksin itu dalam sehari kepada penduduk.
COVID-19: 65.1 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV
PICK terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila sebanyak 65.1 peratus atau lebih 15.24 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin.