4-5 bulan lagi saya bertanding PRK, Parlimen Pekan pun boleh - Anwar Ibrahim

Astro Awani
Jun 7, 2018 06:57 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab persoalan bila beliau bakal kembali ke Dewan Rakyat.
KETUA Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka kembali 'bertempur' di Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam tempoh empat hingga lima bulan lagi.
Persoalannya, YB kawasan mana yang bakal 'dikorbankan' untuk memberi laluan kepada beliau kembali ke Dewan Rakyat?
Anwar dilontarkan persoalan itu oleh Ashwad Ismail di dalam program 'AI' terbitan Astro AWANI yang bersiaran pada pukul 8.15 malam ini di saluran 501 Astro AWANI.
Menurut Anwar, adalah tidak wajar untuk beliau bertanding di Parlimen Pandan yang ketika ini disandang oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya tidak fikir wajar untuk ganti Wan Azizah di Parlimen Pandan. Saya dah beritahu Tun Mahathir saya selesa sebagai rakyat biasa, 4-5 bulan saya Ahli Parlimen, setakat itu cukuplah.
"Kawasan mungkin Parlimen Pekan pada waktu itu, saya belum tahu, Datuk Seri Najib nak letak jawatan atau tidak kita belum tahu. Kena fikirlah," kata Anwar sambil tersenyum.

4-5 bulan lagi saya Ahli Parlimen, bertanding Parlimen Pekan pun boleh - @anwaribrahim Soalan saya kepada @anwaribrahim , Bila dan YB mana yang bakal berkorban atau dikorbankan? AI, 8.15 malam ini (khamis) di saluran 501 Astro Awani. #AITanya #AIJawab @501Awani pic.twitter.com/owuopH5U6p

— Ashwad Ismail AWANI (@ashwadismail) June 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#100 Hari Malaysia Baharu #AI #Anwar Ibrahim #Ashwad Astro AWANI #Ashwad Ismail #Berita Astro AWANI #Berita Terkini Anwar Ibrahim #Datuk Seri Najib Tun Razak #isu semasa #Pakatan Harapan #Parlimen Pekan #PH #pilihan raya kecil #Tun Mahathir #Wan Azizah Wan Ismail