Seramai 412,245 peminjam tidak membuat bayaran balik kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Ogos lepas, kata Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata daripada jumlah itu, kaum Melayu mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 328,550 diikuti Cina (55,445) dan India (28,250).
Katanya jumlah keseluruhan peminjam PTPTN ialah 1.24 juta orang.
Perkara itu dinyatakan beliau dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Lim dalam soalannya meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik peminjam mengikut bangsa, jantina dan negeri yang tidak membayar balik pinjaman PTPTN sehingga 16 September lepas.
Muhyiddin berkata tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan dengan menyenaraihitam peminjam ke luar negara dan tindakan saman adalah antara langkah PTPTN untuk meningkatkan tahap kesedaran, kefahaman dan tanggungjawab peminjam terhadap kewajipan membayar balik pinjaman.
Beliau menjelaskan tindakan sedemikian juga tidak dibuat secara sewenang-wenangnya tanpa memberi ruang kepada peminjam.
Katanya berdasarkan prosedur kerja sedia ada, PTPTN telah melaksanakan pendekatan fleksibel dalam mendapatkan bayaran balik pinjaman sebelum menyenarai hitam peminjam.
Katanya tindakan menyenaraihitam di Jabatan Imigresen adalah sebagai langkah terakhir dalam memberi peringatan kepada peminjam tegar selepas mereka tidak mempedulikan ingatan supaya membayar balik pinjaman.
Katanya PTPTN telah membuka 12 pejabat PTPTN negeri, dua buah one stop centre dan empat pejabat cawangan di lokasi strategik bagi membolehkan peminjam mengadakan rundingan untuk penyelesaian hutang.
Selain itu, katanya PTPTN turut memberi insentif kepada peminjam di bawah insentif mengurangkan kos pembelajaran pelajar yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 tahun lepas.
Insentif itu meliputi diskaun 20 peraus ke atas baki pinjaman mereka yang menyelesaikan hutang sekaligus dalam temmpoh setahun bermula 1 Okt 2012 hingga hari ini (30 Sept 2013).
PTPTN turut memberi diskaun 10 peratus setahun kepada peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012.
Bernama
Mon Sep 30 2013
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Moratorium kepada peminjam PTPTN dilanjut sehingga Disember 2020 - Menteri Pengajian Tinggi
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam untuk tempoh tiga bulan lagi.
Kerajaan setuju tangguh bayaran balik pinjaman PTPTN
Kerajaan telah bersetuju untuk memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN.