43 kematian, 3,140 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini

Astro Awani
Disember 21, 2021 05:34 MYT
Negara merekodkan 3,140 kes baharu COVID-19 pada Selasa. - Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 43 lagi kes kematian membabitkan jangkitan COVID-19 dicatatkan sehingga semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam masa sama negara turut merekodkan 3,140 kes baharu COVID-19 pada Selasa.
Pertambahan angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,727,824 kes.

Pada 21 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,140 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,724,684 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lapan daripada 43 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 31,135 orang, daripada 2.72 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 353 pesakit dan daripada jumlah itu, 189 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 4,278 kes sekali gus angka kumulatif sembuh ialah 2,642,469.
Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98 peratus.
Manakala selebihnya, dua peratus atau bersamaan 64 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan #kes baharu