48 disaring selepas jurufoto JSJ IPD Sibu positif COVID-19

Bernama
Januari 19, 2021 16:04 MYT
Seramai 48 pegawai, anggota dan kakitangan awam Balai Polis Sentral Sibu disaring selepas seorang jurufoto Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu didapati positif COVID-19. - BERNAMA
SIBU: Seramai 48 pegawai, anggota dan kakitangan awam Balai Polis Sentral Sibu disaring selepas seorang jurufoto Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu didapati positif COVID-19 semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan perkara itu berkata saringan dijalankan di balai berkenaan pagi semalam.
Menurutnya, anggota JSJ itu didapati positif COVID-19 setelah menjalani proses saringan di Stadium Tertutup Sibu pada 12 Jan lepas.
"Proses sanitasi secara menyeluruh telah dilakukan di bangunan Balai Polis Sentral Sibu termasuk pejabat JSJ Sibu," katanya ketika dihubungi, pada Selasa.
Berikutan itu, beliau telah mengarahkan pengawai dan anggotanya untuk lebih berhati-hati ketika melaksanakan tugas bagi mengelakkan dijangkiti virus itu.
-- BERNAMA
#jurufoto polis positif COVID-19 #Balai Polis Sentral Sibu #Jabatan Siasatan Jenayah #jsj #Stanley Jonathan Ringgit #proses saringan #Stadium Tertutup Sibu #COVID-19