Anggota UMNO diminta menerapkan konsep 4S dalam berhadapan situasi politik negara yang semakin mencabar pada kini untuk memastikan survival parti.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang membuat gesaan itu berkata, 4S berkenaan adalah setia, sepakat, strategi dan sungguh-sungguh.
"Kita perlu setia dan sepakat pada perjuangan parti, dan dalam masa yang sama kita perlukan strategi untuk mendepani rakyat yang perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
"Dalam keadaan politik yang mencabar pada masa kini, kita hanya perlukan satu nakhoda sahaja, kita tidak boleh meredah gelombang yang mencabar kalau ada dua, tiga nakhoda dalam satu kapal.
"Orang dalam kapal pulak jangan menjadi penebuk lubang kapal, sepatutnya menjadi penampal lubang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Pekan pada Ahad.
Bagaimanapun, beliau yakin usaha segelintir pihak tertentu untuk menenggelamkan bahtera parti UMNO tidak akan berjaya kerana ramai yang akan membantu untuk menampal lubang yang ditebuk oleh pihak berkenaan.
"Dahulu cabaran kita berbeza kerana tidak ada media sosial, sekarang orang muda perlu didekati dengan media sosial positif.
"Jadi Pemuda perlu tampil pertahankan parti dan memain peranan menjadi ‘pahlawan papan kekunci’ (menerusi laman sosial) seperti yang dikehendaki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Dalam masa yang sama, Ahmad berkata anggota UMNO juga perlu bijak membangkitkan kembali kisah-kisah kejayaan dan sumbangan kerajaan di bawah pimpinan Najib seperti produk 1Malaysia yang telah banyak membantu rakyat.
"Dalam satu kertas putih, kalau ada dua tiga titik hitam di atasnya, janganlah kita ceritakan atau perbesarkannya sampai lupa warna putih yang masih meliputi kertas itu," kiasnya.
Bernama
Mon Aug 24 2015
AHMAD: Kita perlu setia dan sepakat pada perjuangan parti, dan dalam masa yang sama kita perlukan strategi untuk mendepani rakyat yang perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. -Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
4S pastikan survival UMNO - Ahmad Maslan
Anggota UMNO diminta menerapkan konsep 4S dalam berhadapan situasi politik negara yang semakin mencabar pada masa kini untuk memastikan survival parti.