LEBIH 5.8 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.15 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 772 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 380 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 216 juta dos sementara Jepun dan Jerman masing-masing 148 juta dan 104 juta dos vaksin.

Turki dan United Kingdom pula masing-masing melebihi 90 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 118 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Thailand dan Filipina dengan lebih 40 juta, Malaysia lebih 39 juta dos dan Singapura dengan 9 juta dos vaksin.