SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:


1. Kes jangkitan Influenza A

Dua kes jangkitan Influenza A dikesan di Cyberjaya dan Klang pada Rabu. Kes pertama positif Influenza A dikesan di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya melibatkan 20 pelajar dan seorang guru manakala satu lagi kes di Klang melibatkan dua beradik dalam satu keluarga.

Wabak penyakit Influenza A di negeri ini walau bagaimanapun masih terkawal dan kerajaan negeri mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengarahkan penutupan sekolah jika perlu.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mengesahkan jumlah mangsa yang dijangkiti virus Influenza A di negeri itu meningkat ke 53 kes berbanding 19 kes hari sebelumnya.

Manakala di Negeri Sembilan pula, sebanyak 49 kes penyakit Influenza Like Illness (ILI) dilaporkan bagi tempoh 1 Jan hingga Rabu berbanding 98 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Situasi ILI di negeri ini dalam keadaan terkawal. Tiada sekolah ditutup atau kematian dilaporkan.

Orang ramai -- terutamanya warga emas, ibu mengandung, kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah dan pesakit kronik seperti asma dan kencing manis -- dinasihat mendapatkan rawatan awal sekiranya terdapat simptom seperti demam yang tinggi, selesema, batuk dan kelesuan.


2. RM1 juta untuk bina lokasi khas perokok?

Selasa lalu, KPKT mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara bagi membina kawasan khas merokok di tempat awam.

Pengumuman itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai.

Kajian Astro AWANI di dua platform media sosial, Facebook dan Twitter rata-rata memuat naik komen yang menentang pelaksanaan itu dan menyifatkan ia sebagai satu pembaziran besar.


3. Krisis kebakaran hutan Australia

Ribuan rakyat Australia hadir berhimpun di bandar Sydney pada Jumaat bagi menuntut langkah seterusnya yang akan dilakukan Perdana Menteri Scott Morrison susulan krisis kebakaran hutan di negara itu.

Penunjuk perasaan berhimpun di luar Town Hall sebelum berarak sehingga menuju ke bangunan parlimen New South Wales.

Morrison sebelum ini dikritik atas tindakan yang dikatakan lambat dalam menangani krisis yang menyebab puluhan nyawa terbunuh.


4. PRK Kimanis: Genap seminggu kempen

Berbaki seminggu lagi sebelum proses buang undi pilihan raya kecil Kimanis pada 18 Januari, berbagai peristiwa yang tidak kurang menarik sepanjang minggu lalu.

Antaranya, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengemukakan permohonan maaf.

Ketua Menteri Sabah itu juga antara pemimpin yang mempunyai jadual yang padat sepanjang kempen PRK kali ini hinggakan dilapor terpaksa tidur dalam kereta.


5. Liga Perdana Inggeris

Sheffield United 1 - 0 Wesh Ham


Baca juga 10 Berita Pilihan sepanjang Jumaat di sini.