SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
1. COVID-19 nama rasmi novel koronavirus
Selepas meragut lebih 1,000 nyawa dan menjangkiti 28 negara secara global, virus baharu yang mula-mula dikesan di Wuhan, China, mendapat namanya pada Selasa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memutuskan nama rasmi bagi novel koronavirus itu adalah COVID-19 yang diambil dari perkataan coronavirus disease 2019 atau penyakit koronavirus membawa maksud .
Menurut Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus, nama tersebut diberi berlandaskan garis panduan ditetapkan organisasi kesihatan haiwan sedunia dan organisasi makanan dan pertanian, tanpa merujuk kepada lokasi geografi tertentu, haiwan, individu mahupun mana-mana kumpulan budaya di dunia.
2. Kemuncak penularan wabak COVID-19 hujung Februari
Penularan COVID-19 yang memuncak di China bulan ini diramal berakhir pada April.
Perkara itu didedahkan pakar epidemiologi yang juga penasihat perubatan kerajaan China, Zhong Nanshan.
Menurutnya, perkembangan terbaru COVID-19 menunjukkan aliran penurunan di beberapa tempat di China.
3. Pakej rangsangan ekonomi tangani impak COVID-19
Di Malaysia, satu pakej rangsangan ekonomi bagi menangani impak ekonomi akibat kesan wabak COVID-19 sedang dirangka Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Antara aspek yang akan diberi tumpuan, membantu industri menangani isu aliran tunai operasi perniagaan dan memperkenal inisiatif bagi menggalakkan perbelanjaan domestik dan pelancongan dalam negara bagi menjana pertumbuhan menerusi permintaan domestik yang lebih tinggi.
Kementerian Kewangan juga sedang mengadakan perbincangan dengan kementerian, agensi dan pihak industri berkaitan untuk mendapatkan input dalam perancangan pakej tersebut.
4. Prestasi ekonomi negara
Hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat 2019.
Ekonomi 2019 dijangka tumbuh sekitar 4.6 peratus dipacu eksport yang sedikit lemah, menurut pakar ekonomi Datuk Dr Zakariah Abd Rashid.
Selain itu, purata pertumbuhan untuk tiga sukuan pertama 2019 juga mendatar.
Pensyarah UPM Prof Madya Dr Yusof Saari pula lebih optimistik dengan prestasi ekonomi negara pada suku terakhir tahun lalu.
5. Pelan damai nafi penubuhan negara merdeka
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyifatkan pelan damai yang dikemukakan Presiden Donald Trump sebagai cubaan menafikan penubuhan sebuah negara merdeka buat mereka.
Mahmoud mendesak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang kemuncak khas bagi merealisasikan penyelesaian dua negara seperti yang dipersetujui menerusi beberapa resolusi sebelum ini.
Astro Awani
Wed Feb 12 2020
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.