SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:
1. COVID-19 terkini
Satu lagi kes positif COVID-19 dilaporkan di Malaysia malam tadi, menjadikan jumlah terkini jangkitan kepada 22 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Kes terbaru melibarkan seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun.
Di Singapura, Kementerian Kesihatan mengesahkan lima lagi kes jangkitan COVID-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 72.
Rakyat Malaysia diseru bersama-sama memberi mesej positif bahawa negara ini masih selamat untuk dikunjungi walaupun berdepan penularan COVID-19, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, tiada bukti menunjukkan individu yang telah pulih daripada jangkitan COVID-19 akan dijangkiti semula.
Exco Sukan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar pula berkata, penularan COVID-19 tidak mengganggu persiapan dan program skuad ‘Road to Sukma” bagi mempromosi Sukma Johor 2020 Julai ini.
2. Runtuhan struktur di Taman Desa
Susulan kejadian struktur kondominium dalam pembinaan runtuh di Taman Desa pada petang Jumaat, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah memulakan siasatan semalam.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, JKKP akan menggunakan dron untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara pula percaya, pihak berkuasa terbabit akan memastikan siasatan serta tindakan tegas diambil terhadap pihak yang didapati cuai dan bersalah.
Projek kondominium pencakar langit yang dikenali sebagai The Address itu, dikhabarkan telah mendapat bantahan keras daripada persatuan penduduk Taman Desa sejak 2017 lagi.
Mereka mendakwa tapak pembangunan itu pernah diperuntukkan pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan paru-paru hijau ibu kota negara.
Hari ini, satu sidang media akan diadakan oleh kumpulan ini yang menamakan diri mereka Protect Taman Desa Coalition.
3. Undi percaya terhadap PM
Masih hangat diperkatakan, topik undi percaya terhadap Perdana Menteri berhubung isu peralihan kuasa dalam kerajan Pakatan Harapan (PH).
Terbaru, Pas menegaskan, apabila Perdana Menteri yang sedang berkhidmat dipertikaikan kedudukannya, hanya usul undi percaya dalam Dewan Rakyat boleh menentukan sama ada ketua kerajaan itu masih mendapat sokongan majoriti ahli Dewan.
Pilihan lain, kata Setiausaha Agung parti Datuk Takiyuddin Hassan, ialah Akuan Bersumpah di luar Dewan.
Beliau turut menegaskan, isu peralihan kuasa tersebut adalah sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan boleh dianggap mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong.
4. Insiden Batu Caves
Satu video berdurasi 58 saat tular sejak 14 Februari lalu, mendakwa berlaku 'rusuhan' membabitkan anggota Imigresen yang sedang menjalankan operasi di Batu Caves.
Bagaimanapun, polis semalam menegaskan, tiada rusuhan yang berlaku seperti didakwa dan Polis Gombak sedang menjalankan siasatan berhubung video berkenaan.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran tindakan akan diambil terhadap mana-mana warga asing yang berniaga di Batu Caves.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung anggota penguat kuasanya yang didakwa dihalau ketika menjalankan tugas operasi di kawasan peniaga haram di kawasan itu baru-baru ini.
Setakat ini, polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden tersebut.
5 Keputusan perlawanan bola sepak
Liga Perdana Inggeris
Norwich 0 -1 Liverpool
Ligue 1 Perancis
Amiens 4 -4 PSG
Bordeaux 2 -2 Dijon
Nantes 0 -0 Metz
Nimes 1 -0 Angers
Toulouse 0 -2 Nice
Serie A Itali
Bologna 0 -3 Genoa
Atalanta 2 -1 AS Roma
LaLiga Sepanyol
Villarreal 2 -1 Levante
Granada 2 -1 Valladolid
Bundesliga Jerman
Dusseldorf 1 -4 Monchengladbach
Astro Awani
Sun Feb 16 2020
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.