DUNGUN: Seramai 50 korban banjir  telah direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala dua lagi masih belum ditemui.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sejak bencana alam itu melanda bermula Disember lalu ,dua mangsa dilapor masih hilang iaitu di Telemong dan Bentong, Pahang.

Katanya setakat ini juga dua Pondok Polis di negeri Pahang turut terkesan dengan bencana alam yang melanda itu.

“Setakat ini pihak PDRM mencatatkan jumlah kematian akibat banjir seramai 50 mangsa dengan dua lagi masih belum ditemui atau hilang dan setakat ini pagi tadi dimaklumkan ada dua premis ataupun Pondok Polis terkesan dengan banjir iaitu satu di Pekan satu di Jerantut setakat jam 6 pagi tadi tapi sehingga pukul 12 tengah hari tadi kedua-dua Pondok Polis tersebut telah pun surut air dan masih dalam proses pembersihan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Kampung Jongok Batu, Dungun pada Sabtu.

BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI

Sementara itu beliau berkata pihaknya juga berpuas hati dengan pengoperasian bencana banjir.

“Setakat ini saya berpuas hati daripada apa.yang saya perhatikan maklum balas yang diterima Ketua-Ketua Polis Negeri saya dapati persiapan persediaan yang telah pun dibuat. Kita sama-sama berdoa apa yang telah dirancang akan berjalan mengikut perancangan yang kita buat,” katanya lagi.

Sebelum itu juga Acryl Sani turut melakukan tinjauan banjir di beberapa kawasan terjejas di daerah tersebut.