KUALA LUMPUR: Sebanyak 517,144 syarikat dengan sejumlah 9.67 juta tenaga kerja mendaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang ditadbir oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) setakat 12 tengah hari ini.
Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata 95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu.
"Setakat ini, berdasarkan kepada kapasiti tenaga kerja yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dianggarkan 1.2 juta pekerja daripada syarikat yang diluluskan dibenarkan untuk bekerja di premis. Ia merupakan pengurangan 2.0 juta tenaga kerja daripada 3.2 juta tenaga kerja bagi syarikat yang diluluskan.
"Bagi syarikat di bawah sektor yang diluluskan yang tidak mendaftar dengan CIMS 3.0 sebelum PKP terbaharu ini, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian sekiranya mereka ingin beroperasi semasa PKP ini," katanya.
MITI berkata ia telah mula memproses permohonan daripada syarikat di bawah sektor diluluskan bermula pukul 1 petang semalam.
"Semua surat kelulusan yang dikeluarkan oleh MITI menerusi CIMS 3.0 perlu mempunyai kod QR. Ciri ini diperlukan untuk membolehkan pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan mengesahkan ketulenan surat kelulusan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 01 2021
95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu.- Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ancaman penembak aktif, Dewan Senat AS laksana 'lockdown'
Dewan Senat AS menguatkuasakan sekatan pergerakan pada petang Rabu ketika Polis Capitol AS menyiasat laporan "seorang penembak aktif" di bangunan pejabat itu.
Gelombang protes 'anti-lockdown' landa China
Gelombang protes 'anti-lockdown' merebak ke Shanghai pada awal pagi Ahad selepas penduduk di beberapa bandar menyuarakan kemarahan.
Nafi hak rakyat dapat rawatan, kerajaan arah semua wad kecemasan di Shanghai dibuka
Arahan itu dikeluarkan sejurus selepas beberapa siri insiden yang mencetus kemarahan orang ramai.
Hampir 30 juta penduduk di China kena 'lockdown'
Pada Selasa, Beijing merekodkan kira-kira 5,300 kes baharu, meningkat lebih dua kali ganda berbanding sehari sebelum itu.
Ini sebab kenapa kita tidak perlu 'lockdown' seperti dahulu - Pakar epidemiologi
Kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan masyarakat memberikan pelindungan yang diperlukan untuk negara terus bergerak tanpa sekatan ketat.
COVID-19: Kelonggaran sekatan di Melbourne mulai 22 Okt
Apabila kesemua sekatan ditarik semula, bandar ini telah menempuh enam siri lockdown selama 262 hari, sejak Mac 2020.
COVID-19: Ireland akan mansuhkan hampir kesemua larangan sekatan pada Oktober
Hampir 90 peratus orang dewasa, dan 80 peratus mereka yang berusia 12 tahun ke atas di Ireland telah mendapat dos vaksin lengkap.
COVID-19: Ini bukan masa bermain politik - Afifi Al-Akiti
Semua pihak perlu berunding dalam isu COVID-19 untuk memastikan keputusan dibuat melapangkan semua pihak.
Buntu fikir jaga dua anak sakit selepas suami hilang pendapatan
Bagi Noor Suraya Saidin, 36, dan suaminya, Mohd Idzwan Jamari, 39, keadaan tidak mudah lebih-lebih lagi dua daripada empat anak mereka mempunyai penyakit serius.
5,000 sertai protes bantah 'lockdown' di Jerman, 600 ditahan
Hampir 600 orang ditahan semasa tunjuk perasaan membantah vaksinasi dan sekatan pergerakan COVID-19 di Berlin, Jerman.