MELAKA: Jabatan Kesihatan Melaka menyasarkan untuk menyelesaikan kira-kira 55 peratus daripada jumlah pembedahan tertunggak yang mencecah ribuan kes ekoran penularan COVID-19, menjelang akhir tahun ini.
Pengarah Kesihatan negeri Dr Rusdi Abd Rahman berkata jumlah pembedahan tertunggak itu melibatkan tempoh antara awal Januari tahun lepas hingga awal Januari tahun ini.
"Tidak dinafikan kes pembedahan tertunggak memang banyak dan sebenarnya kita berdepan dengan bukan sekadar ratusan tetapi ribuan kes namun ia bukan hanya berlaku di Melaka tetapi di seluruh negara dan juga dunia ekoran penularan COVID-19 khususnya varian Delta.
Namun pada tahun ini, Ketua Pengarah Kesihatan telah memberi mandat kepada semua pengarah kesihatan negeri supaya memberi tumpuan pada kes tertunggak ini agar ia dapat diselesaikan sebolehnya pada tahun ini dan Melaka telah memberi komitmen berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Wellness On Wheel (WOW) yang disempurnakan Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh.
Mengulas lanjut Dr Rusdi berkata bagi menyelesaikan kes pembedahan tertunggak itu, 20 hingga 25 peratus kes berkenaan akan diserahkan kepada hospital swasta di negeri ini manakala 30 hingga 35 peratus kes pula akan diselesaikan di Hospital Melaka.
Beliau berkata antara kekangan utama yang dihadapi untuk menyelesaikan kes pembedahan tertunggak tersebut ialah masa pengoperasian bilik bedah yang ditetapkan maksimum hanya sehingga lapan jam sehari.
Justeru, katanya secara purata hanya lapan pembedahan yang mengambil masa satu jam bagi setiap satu pembedahan boleh dilakukan sehari di dalam satu bilik bedah dan situasi itu memberi impak kepada jumlah pembedahan tertunggak.
"Oleh itu, kita telah mengenal pasti apa keupayaan yang ada dan pembedahan kecil seperti katarak dan telinga akan dilakukan di Hospital Alor Gajah atau Hospital Jasin.
Pada setiap Sabtu pula, kita akan lakukan pembedahan khususnya melibatkan kes besar seperti pembedahan rahim dan kita juga buat pembedahan perdana dengan mengumpulkan pakar dari daerah atau negeri lain untuk membantu," katanya.
Beliau berkata Hospital Melaka juga mendapat bantuan kepakaran antaranya dari Hospital Tampin, Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar Johor, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Serdang.
Dalam perkembangan lain, Dr Muhamad Akmal berkata WOW akan menyediakan perkhidmatan nasihat kesihatan secara mobil kepada komuniti.
Beliau berkata pelaksanaan WOW adalah sebahagian daripada Agenda Nasional Malaysia Sihat yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan penyampaian maklumat berkaitan isu kesihatan dapat disampaikan secara tepat dan jelas kepada rakyat.
"Program WOW ini akan dilaksanakan menggunakan trak bernilai hampir RM200,000 yang akan menjelajah ke 28 Dewan Undangan Negeri di Melaka untuk menyampaikan maklumat dan mempromosikan aspek kesihatan sekali gus meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan menjaga kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
Dr Rusdi berkata jumlah pembedahan tertunggak itu melibatkan tempoh antara awal Januari tahun lepas hingga awal Januari tahun ini. - Gambar fail
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Jabatan Kesihatan Melaka tingkat kawalan, pantau tiga penyakit berkaitan cuaca panas
Tiga penyakit tersebut adalah kekejangan haba, kelesuan haba dan strok haba.
Lokaliti pelepasan nyamuk Aedes Berwolbachia di Melaka Tengah diperluas
Jabatan Kesihatan Melaka akan memperluas lokaliti pelepasan nyamuk Aedes Berwolbachia di kawasan berlaku peningkatan kes demam denggi.
Jabatan Kesihatan Melaka keluar 1,068 kompaun premis biak Aedes
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata sehingga kini 453 kompaun dibayar membabitkan kutipan berjumlah RM67,770.
886 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Melaka, nilai lebih RM200,000
Daripada jumlah itu, sebanyak 845 atau 95.4 peratus notis dikeluarkan atas kesalahan merokok di kawasan larangan.
58 premis makanan kotor di Melaka diarah tutup tahun lepas
Sebanyak 58 premis makanan kotor di negeri ini diarah tutup kerana gagal mencapai standard kebersihan ditetapkan sepanjang tahun lepas.
55 peratus pembedahan tertunggak disasar selesai hujung tahun ini
Jabatan Kesihatan Melaka menyasarkan untuk menyelesaikan kira-kira 55 peratus daripada jumlah pembedahan tertunggak yang mencecah ribuan kes ekoran penularan COVID-19, menjelang akhir tahun ini.