KUALA LUMPUR: Negara mencatat 5,809 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Sabtu, sedikit menurun berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,541,147.

Jumlah kes mengikut negeri akan dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.

Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 41 korban.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,576, daripada 2,529,791 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini pula menempatkan seramai 527 pesakit dan daripada jumlah itu, 277 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 4,712 kes sekali gus menjadikan angka kumulatif sembuh ialah 2,446,197.

Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu bagaimanapun hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.2 peratus.

Manakala selebihnya, 1.8 peratus atau bersamaan 102 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.