Seramai 6,000 perserta hari ini telah menyertai program konvoi berbasikal sempena Hari Wilayah 2014 dan Tahun Melawat Malaysia 2014 yang diadakan di Putrajaya.

Aktiviti rekreasi itu sambutan di luar jangkaan dengan penyertaan tersebut yang rata-ratanya terdiri warga kota.

Kayuhan beramai-ramai ini bermula di hadapan Mahkamah Putrajaya dan melaui Bukit Jalil sebelum berpatah balik ke Dataran Putrajaya.

Peserta dilepaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sekitar jam 8.30 pagi.

Acara sejauh 50 kilometer ini menawarkan pelbagai hadiah untuk peserta termasuk basikal, set televisyen, telefon bimbit, kamera, peti sejuk, set hawa dingin, alat dapur, mesin basuh dan juga vakum.

Tengku Adnan berkata pada awalnya penganjur menyasarkan 5,000 peserta sahaja namun penyertaan melebihi jumlah sasaran itu menandakan kejayaan penganjuran program berbasikal berkenaan.

Menurutnya, program itu bukanlah acara perlumbaan, sebaliknya berbentuk santai dengan tujuan menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat menerusi sukan berbasikal selain memupuk kecintaan warga kota terhadap Wilayah Persekutuan.

"Seiring dengan slogan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 'Wilayah Persekutuan Ceria', program ini dapat mengeratkan hubungan antara peserta yang turut membawa keluarga masing-masing pada hujung minggu," kata Tengku Adnan pada sidang media selepas merasmikan acara.

Perserta konvoi terdiri daripada golongan perbagai umur dengan menaiki pelbagai jenis basikal.

Program itu merupakan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Berikut adalah sedikit sebanyak gambaran tentang program tersebut: