6,355 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini

Raja Hisyam Raja Zaid
November 19, 2021 06:54 MYT
Wabak COVID-19 juga, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meragut 55 lagi nyawa dalam tempoh yang sama menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia sebanyak 29,892. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sebanyak 6,355 lagi kes positif COVID-19 dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 24 jam lalu.
Pertambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik itu dalam negara mencecah angka 2,575,888.
Wabak COVID-19 juga, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meragut 55 lagi nyawa dalam tempoh yang sama menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia sebanyak 29,892.

Pada 19 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,355 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,575,888 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/R1wnr18Czb

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun sebahagian besar kes COVID-19 yang dicatatkan melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.2 peratus atau bersamaan 6,240 kes, manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 iaitu sebanyak 1.8 peratus iaitu sebanyak 115 kes.
Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 542 kes dan daripada jumlah itu juga, 268 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, jumlah kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 5,031 kes dengan keseluruhan kes pulih kini 2,477,314.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif #Noor Hisham Abdullah #pandemik