Enam orang termasuk bayi lelaki berumur sembilan bulan, terbunuh dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pikap Toyota Hilux dan kereta di Km113 Jalan Sibu-Bintulu hari ini.
Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Mohd Serhan Suaib, 35, dari Kampung Simunul, Semporna, isterinya Dayang Norhayati Tusin, 30, anak lelaki mereka Danish Nurhan, sembilan bulan, adik Norhayati, Norafizah Tusin, 23, dan Siti Nur Rasidah Mohd Adi Azri, dua tahun.
Kelima-lima mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa, Napsiah Hassan, 61, penumpang Toyota Hilux yang dipandu suaminya, Ali Kamat, disahkan meninggal dunia di klinik kerajaan di Tepus, Ulu Selangau.
Ali, yang berasal dari Kampung Medong, Dalat, di bahagian Mukah, tidak cedera, bagaimanapun cucu lelakinya berumur empat tahun patah kaki.
Ketua Polis Mukah DSP Omar Bakhtiar Yaacob berkata polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh orang awam pada 8.10 pagi.
Beliau berkata kenderaan pikap itu dalam perjalanan dari Miri ke Kuching manakala kereta pula dalam perjalanan ke Limbang dari Sibu apabila kemalangan itu berlaku.
Katanya punca kemalangan masih disiasat.
Pada Selasa, tiga orang terbunuh dalam kemalangan di Km114 jalan yang sama.
Bernama
Wed Jul 03 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
Budak perempuan enam tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai di Bintulu
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahum yang sedang mandi sungai bersama ahli keluarga di Kampung Seberang Pasar Lama Tatau, Bintulu.
Malaysia kekal destinasi utama bagi pelaburan PTTEP - BMI
Malaysia akan kekal sebagai destinasi utama bagi pelaburan syarikat minyak nasional Thailand, PTT Exploration and Production (PTTEP), dalam jangka masa pendek dan panjang.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Dua maut dalam letupan di dalam kapal di perairan Bintulu
Dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di Bintulu.
Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran
Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu.
Polis berkas 15 individu curi kabel TM di Bintulu
Modus operandi kumpulan ini ialah dengan memotong kabel yang terdedah di tepi jalan, kemudian memasuki terowong tempat penyambungan kabel.
Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar
Penduduk Kampung Jepak berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.
Rumah Raymond Plen punya sejarah tersendiri, Al-Sultan Abdullah Agong pertama berangkat
Rumah Raymond Plen yang terletak di Sebauh memiliki sejarah tersendiri apabila rumah panjang kaum Iban itu pernah dikunjungi oleh dua Perdana Menteri sebelum ini.