KUALA LUMPUR : Malaysia terus kembali mencatatkan trend peningkatan jangkitan baharu COVID-19 apabila 6,380 kes direkodkan hari ini.

Angka itu yang terus meningkat sejak semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini sebanyak  2,569,533 kes.

Mengenai kes kematian, setakat semalam data COVIDNOW menunjukkan pertambahan sebanyak 68 kes termasuk 12 kes BID.

Ini menjadikan angka kumulatif bagi kes kematian adalah sebanyak 29,837.


Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 541 pesakit dan daripada jumlah itu, 263 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Sementara itu, angka kes sembuh hari ini merekodkan sebanyak 5,760 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 2,472,283. 

Bagaimanapun, sebahagian besar kes yang dilaporkan masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.5 peratus. 

Manakala selebihnya, 1.5 peratus atau bersamaan 98 kes merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5.